Euforia Bola 2026
Asuh

Kes Autisme Makin Meningkat Tapi Bukan Fenomena Baharu, Rasulullah Ada Sebut Dalam Hadis…

kes autisme

Kes autisme kini semakin mendapat perhatian dalam masyarakat moden, bukan sahaja kerana peningkatan kes, tetapi juga hasil daripada kemajuan ilmu pengetahuan serta kefahaman yang lebih luas dalam bidang perubatan dan psikologi.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa konsep tentang autisme sebenarnya telah disebut dalam Islam sejak berabad lalu, melalui istilah al-‘atah yang dibincangkan oleh para ulama klasik.

Baca juga: “Dia Suruh Aku Tukar”- Akibat Terpengaruh Ajakan Rakan Game Online, Remaja 15 Tahun Hampir Terpesong Akidah?

KES AUTISME MAKIN MENINGKAT, SEBENARNYA INI KISAHNYA

kes autisme

Menurut perkongsian Nur Arif, Ikon Anak Istimewa Selangor merangkap pelajar Doktor Falsafah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), peningkatan kes autisme hari ini bukan semata-mata kerana bilangan penghidapnya bertambah, tetapi disebabkan kemajuan dalam aspek diagnosis serta kefahaman yang lebih mendalam terhadap spektrum gangguan ini.

“Era 80-an, autisme difahami keadaan yang sangat berat saja, bila budak tu tak bercakap dan duduk dalam dunia sendiri, maka dia autisme.

“Kini, definisi autisme makin meluas, kanak-kanak yang boleh bercakap tapi pelik, tak faham emosi orang, ada isu sensori dan ada masalah rutin termasuk dalam payung autisme. Maknanya lebih ramai orang dulu yang tak dikira autisme, sekarang dikira autisme. Alat screening juga semakin canggih. Dulu tak ramai doktor terlatih untuk diagnos autisme,” ujarnya.

Namun, apa yang menarik, Islam sebenarnya telah membincangkan keadaan ini jauh sebelum dunia Barat memperkenalkannya secara klinikal. Dalam Islam, istilah yang hampir sama dengan autisme dikenali sebagai al-‘atah.

Para fuqaha telah lama menjelaskan bahawa al-‘atah merujuk kepada individu yang mempunyai kekurangan kefahaman, pertuturan yang bercampur aduk dan tidak jelas, serta tidak cekap dalam mengurus diri secara semula jadi. Definisi ini turut disebut oleh Abdul Qadir Awdah dalam karya beliau Al-Tasyri’ al-Jinaiy al-Islamiyy.

kes autisme

“Imam al-Jurjani dalam al-Ta’rifat mentakrifkan al-‘atah sebagai kekurangan pada akal tetapi tak sama macam gila, sebahagian pertuturannya macam orang waras dan sebahagiannya macam tak waras. Keadaan ini sama macam autisme yang boleh bercakap, tapi pelik.

“Ulama terkemudian seperti Dr Abd Karim Zaidan pula menjelaskan bahawa al-‘atah adalah kelainan akal yang menyebabkan seseorang sukar memahami arahan dan pertuturannya sering tidak difahami. Dari segi hukum, individu sebegini disamakan dengan kanak-kanak dalam urusan tanggungjawab akal,” ujarnya.

Kesimpulannya, walaupun dunia moden baru memperluas pemahaman terhadap autisme, hakikatnya konsep ini telah lama wujud dalam Islam melalui istilah al-‘atah.

Rasulullah SAW sendiri telah menjelaskan kedudukan golongan ini dalam sabdanya:

“Diangkat pena daripada tiga golongan: kanak-kanak sehingga baligh, orang tidur sehingga dia terjaga dan orang al-‘atah sehingga dia faham.” (Hadis Riwayat Tirmizi, 1423)

Baca juga: Pengetua Sengaja Buat Spot Check Sekali Jumpa Vape, Telefon & Power Bank Dalam Beg Pelajar!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×