Euforia Bola 2026
Famili

Jika Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai, Ini Yang Mesti Anda Buat Dalam 60 Saat Pertama!

sungai korok

Kehilangan enam sekeluarga dalam tragedi kereta terjunam di Sungai Korok, Jitra, Kedah bukan sahaja menggemparkan, tetapi merobek hati seluruh rakyat Malaysia.

Namun di sebalik tangisan, ada satu peringatan besar untuk kita semua. Apa yang harus kita lakukan jika kereta kita yang terjunam ke dalam sungai? Jangan sambil lewa kerana satu saat boleh membezakan antara hidup dan maut!

Baca juga: 30 Tahun Masak Setiap Hari, Wanita Tak Sangka Asap Dapur Sendiri Punca Paru-Paru ‘Sakit’ Kronik!

TRAGEDI KERETA TERJUNAM DI SUNGAI KOROK, APA YANG ANDA BOLEH BELAJAR

sungai korok

Situasi menyelamat tragedi Sungai Korok dari pihak Bomba.

Langkah menyelamat jika kereta terjunam:

1. Kekal Tenang

Panik hanya melambatkan tindakan. Fikir untuk selamat.

2. Tanggalkan Tali Pinggang Keselamatan

Ini langkah pertama, bebaskan diri dahulu.

3. Jangan Cuba Buka Pintu

Tekanan air luar sangat kuat. Pintu akan tersekat.

4. Turunkan Tingkap Dalam 30-60 Saat Pertama

Ketika sistem elektronik masih berfungsi, turunkan tingkap secepat mungkin.

5. Keluar Melalui Tingkap

Tolak diri keluar. Bantu orang lain jika mampu.

6. Jika Tingkap Gagal, Pecahkan

Gunakan alat pemecah tingkap, kepala penyandar, atau apa-apa objek keras. Ingat tiga langkah ini: Tali Pinggang – Tingkap – Keluar

Sediakan juga:

Alat pemecah tingkap dan pemotong tali pinggang
– Letakkan di tempat mudah dicapai (contohnya berhampiran gear atau sisi pintu, bukan di dalam but)

Tragedi ini adalah peringatan, bukan sekadar berita. Semoga kita semua mengambil iktibar dan bersedia menghadapi kecemasan bukan kerana takut, tetapi kerana sayang akan nyawa.

sungai korok

Foto hiasan.

*Kami mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga mangsa. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan luar biasa menghadapi dugaan ini.

Baca juga: “Anak Bawah Lengan Suami…”– Detik Hiba Ibu Temui Suami & Bayi TIDAK BERNYAWA Dalam Rumah

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×