Proton merupakan jenama kereta kebangsaan Malaysia yang sekian lama menjadi pilihan di hati rakyat tempatan. Di mana, syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) merupakan pelopor industri automotif negara yang melancarkan model pertama mereka iaitu Proton Saga pada tahun 1985.
Sejak itu, pelbagai model ikonik telah dikeluarkan oleh PROTON.
Baca juga: [VIDEO] Penumpang KTMB Tarik Brek Kecemasan Semasa Tren Bergerak, Punca Lewat 120 Minit!
KERETA KEBANGSAAN MALAYSIA

Gambar: Tiktok @historyoftopgear
Menurut laporan media tempatan, pelbagai model PROTON sering digunakan untuk perkhidmatan seperti e-hailing dan menjadi pilihan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas penguatkuasaan undang-undang.
Salah satu model yang paling sinonim dengan kereta polis ialah Proton Waja.
Polis di negara England pakai PROTON
Kalau anda nak tahu, baru-baru ini tularnya sebuah klip video di media sosial yang memaparkan Proton Waja berwarna perak sedang digunakan oleh pasukan polis di luar negara.
Berdasarkan sumber, kejadian menarik itu berlaku di Timur Laut Lincolnshire, England.
Klip berdurasi 15 saat itu menunjukkan Proton Waja yang diubah suai dengan sedikit cat warna hijau dan biru di sisi kenderaan serta siren di atas bumbungnya.
Ia itu dilihat meluncur laju, dipercayai digunakan oleh peronda trafik di kawasan tersebut.
Baca juga: Individu Ini Dedah Modus Operandi Jahat Di R&R, Ada ‘Tangan Panjang’ Cabut Skru Kereta Orang Awam!
Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!
Reaksi warga maya yang kagum!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat model keluaran kebangsaan itu digunakan oleh orang luar.
“Proton Waja memang laju.
“Proton Waja in London.
“Kereta ini handling tinggi, senang nak kejar suspek yang jenis main masuk lorong tetiba.
“Ada beberapa kereta proton yang dapat memasuki polis di UK, Waja, Persona, Wira, Satria GT.
“Proton Waja the best!
“Wah bangga aku anak Malaysia terbaik!
“Itu salah satu sebab kereta nasional kita ada spec luar negara, bermula dari Iswara yang pertama di import ke luar negara. Aku membesar dengan pemerintahan Tun sangat bangga waktu itu lahir pada tahun 1979.
“Dulu Waja silver masuk kampung, mengelupur lari. Tak jadi lepak sebab ingatkan polis. Dulu Waja ini kalau tak polis, mesti orang have have (berada) pakai,” antara komen yang ditinggalkan rakyat Malaysia.
@historyoftopgear Proton Impian Incident Response. . . #HistoryOfTopGear #TheGrandTour #JeremyClarkson #Clarkson #RichardHammond #Richard #Hammond #JamesMay #TheStig #TopGear #BBC #TopGearUK #luxurycars #f1 #ford #rozzers #police #honda #jdm #Bmw #Pagani #Lamborghini #Ferrari #nurburgring #montecarlo #GrandPrix #rally #superbike #thegrandtour
Baca juga: ‘Tentera Bawang’ Malaysia Top 5 Dunia & Ke-2 Asia Kategori Buli Siber, Buat Malu Je!
Sumber: Tiktok @historyoftopgear
FT Image: historyoftopgear
