Euforia Bola 2026
Famili

Nahas UPSI: Jenazah Muhammad Adib Tenang Seolah Sedang Tidur, Surah Yasin & Al-Mulk Jadi Amalan!

kenangan terakhir

“Umi, maafkan abang.” Kata-kata terakhir yang ditinggalkan Muhammad Adib Hazim Halim, 21, kepada ibunya kini menjadi kenangan terakhir yang akan terpahat selamanya dalam hati seorang ibu.

Kehilangan anak tersayang dalam kemalangan ngeri membabitkan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, baru-baru ini, menoreh luka yang mendalam dalam hati Ruslinan Abd Razak, 55.

Baca juga: Macam Dalam Siri CSI, Ini 7 Cara Forensik Kenal Pasti Mayat Tanpa Wajah!

KENANGAN TERAKHIR ARWAH ADIB TERPAHAT SELAMANYA

kenangan terakhir

Gambar oleh Mohd Syafiq Ambak: Imam Masjid Hadhari, Jaih Namat mengimamkan solat jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21.

Anaknya, Muhammad Adib yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian, terkorban dalam perjalanan ke hospital selepas bas yang dinaikinya bersama 41 pelajar lain terlibat dalam kemalangan tragis pada pagi Isnin.

“Saat akhir itu dia sempat memberikan kata-kata khusus kepada saya sempena hari lahir saya pada Sabtu lalu, supaya saya terus kuat menerusi WhatsApp. ‘Istimewa untuk ibu terus kuat’. Ia dihantar pada hari raya (Aidiladha) iaitu hari Sabtu.

“Saya tanya kenapa abang kata-kata begini, dia kata Umi bacalah. Saya tidak perasan, rupanya itu petanda dia mahu pergi selamanya,” kongsi Ruslinan dalam nada sebak ketika ditemui wartawan Sinar Harian.

Salam terakhir, pelukan akhir

kenangan terakhir

Gambar: Ruslinan Abd Razak ibu kepada arwah Muhammad Adib

Ruslinan turut menceritakan momen terakhir menghantar Muhammad Adib menaiki bas dari Jerteh. Sebaik tiba di lokasi berkumpul, arwah terlebih dahulu meletakkan barang ke dalam bas dan kemudian turun semula untuk memeluk kedua ibu bapanya.

“Allahyarham sempat berkata’ Umi maaflah ya, maafkan abang.’

“Saya katakan, ‘Umi maafkan selalu dan halalkan semuanya. Belajar dengan baik.’ Dia katakan ‘insya-ALLAH.’

“Selepas dia menghantar barang ke dalam bas dia turun lagi dan bersalam dengan saya sekali lagi dan memohon maaf.

“Saya hairan kenapa dia turun lagi, katanya ‘sengaja, sebab bas belum bergerak’. Saya nak hulur duit belanja, dia tolak. Katanya duit masih ada.” kongsinya.

Turut dikhabarkan, jenazah Muhammad Adib dilaporkan dalam keadaan sempurna dan hanya mengalami sedikit calar di wajah, seolah-olah sedang tidur tenang.

Baca juga: Doktor jelaskan Kenapa Mangsa Kemalangan Tak Boleh Minum Air, Boleh Mengundang RISIKO Ini

Anak soleh, rajin mengaji

Menurut ibunya, Muhammad Adib merupakan seorang anak yang sangat baik, rajin membaca al-Quran dan sentiasa menghormati orang tua.

Malah, arwah tidak pernah tinggalkan amalan membaca Surah Yasin dan al-Mulk setiap malam selepas solat Maghrib.

“Alhamdulillah, urusan pengebumian dipermudahkan. Allahyarham memang anak yang taat dan disenangi ramai,” tambah ibunya.

Abangnya, Muhammad Aiman Hazman Halim, 32, turut menyifatkan arwah sebagai seorang yang memegang nilai agama dengan baik dan tahfiz al-Quran.

Kemalangan tragis ragut 15 nyawa

Dalam insiden yang menyayat hati itu pada awal pagi Isnin, sebuah bas persiaran membawa 42 pelajar UPSI dari Jertih ke kampus di Tanjung Malim dipercayai terbabas di JRTB berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Sebanyak 15 nyawa terkorban termasuk 13 mangsa di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital. Mangsa lain yang turut cedera dirawat di Hospital Gerik dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

Takziah buat seluruh keluarga mangsa. Semoga mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Baca juga: Dua Beradik Warga Emas Sedekad Tak Bertegur, Dipertemukan Semula Kerana Anak-Anak, Meruntun Hati!

Sumber: Sinar Harian / BERNAMA / Sinar Plus

FT Image: Sinar Plus / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×