Kempen Tonton Non Stop On Top kini memasuki pusingan ketiga dengan hadiah lebih menarik iaitu pelanggan TontonUp berpeluang membawa pulang sebuah Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL sebagai hadiah utama.
Bermula 13 hingga 26 Julai 2026, peserta boleh mengumpul mata menerusi aktiviti penstriman pelbagai kandungan terpilih di platform Tonton.
Baca juga: Tunggu Naik Pangkat Sampai 8 Tahun? Kerajaan Teliti Semula Sistem Kenaikan Pangkat Penjawat Awam
KEMPEN TONTON NON STOP ON TOP PUSINGAN KETIGA
Lebih banyak kandungan ditonton, lebih banyak mata yang boleh dikumpulkan sekali gus meningkatkan peluang untuk berada di kedudukan terbaik carta kempen.
Antara kandungan yang layak dikira untuk kutipan mata termasuk siri Melayu, judul eksklusif Tonton, filem Melayu serta anime Jepun.

Bukan itu sahaja, pelanggan TontonUp juga berpeluang mengumpul mata berganda menerusi ciri Turboost yang menawarkan ganjaran tambahan bagi kandungan terpilih pada setiap hujung minggu.

Pelanggan boleh menikmati peluang mengumpul lebih banyak mata pada 18 dan 19 Julai serta 25 dan 26 Julai 2026 menerusi tontonan kandungan yang disediakan sepanjang tempoh tersebut.
Masih Ada Masa Untuk Sertai Kempen Tonton Non Stop, On Top!
Bagi yang masih belum menyertai kempen ini, penyertaan masih terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada TontonUp.
Caranya mudah, pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih dan mengumpul mata.
Selain menikmati hiburan tanpa henti, setiap tontonan memberi peluang untuk peserta bersaing merebut hadiah utama Nissan Kicks e-POWER 1.2 VL bagi Lap 3.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengumpul mata sebanyak mungkin dan mungkin anda bakal menjadi pemilik kenderaan baharu menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rancangan dan kandungan kegemaran, ikuti akaun rasmi @tontonmy di Facebook, TikTok dan Instagram.
