Euforia Bola 2026
Famili

Baru Dilancar Dah Hampir 1,000 Sertai! Ini Cara Kumpul Mata & Menang Kereta Dalam ‘Tonton Non Stop, On Top!’

kempen Tonton

Nampaknya ramai sudah mula mengambil peluang menyertai kempen menarik daripada Tonton. Dalam tempoh hanya beberapa hari selepas dilancarkan, kempen Tonton Non Stop, On Top! berjaya menarik hampir 1,000 penyertaan daripada pelanggan yang mahu mengumpul mata dan merebut pelbagai hadiah lumayan.

Apa yang lebih menarik, pusingan pertama kempen ini masih berlangsung, sekali gus memberi peluang kepada pelanggan TontonUp yang belum menyertai cabaran tersebut untuk mula mengumpul mata dan bersaing dengan peserta lain.

Baca juga: ‘Run For Gold’ Hampir Ke Penamat, Orang Ramai Dijemput Sertai 2,200M Terakhir Di Pulau Pinang!

KEMPEN TONTON NON STOP, ON TOP! SUDAH HAMPIR 1,000 PENYERTAAN SEJAK DILANCARKAN!

kempen Tonton

Cara kumpul mata dalam Tonton Non Stop, On Top!

Bagi pusingan pertama yang berlangsung dari 15 Jun 2026 (12.00 pagi) hingga 28 Jun 2026 (11.59 malam), peserta boleh mengumpul mata dengan menstrim kandungan terpilih yang disenaraikan oleh Tonton.

Berikut merupakan kandungan terpilih yang boleh ditonton bagi pusingan pertama ini:

kempen Tonton

Senarai ini merangkumi pelbagai drama vertikal Korea dan tempatan yang bukan sahaja menghiburkan, malah membantu peserta menambah kutipan mata untuk meningkatkan peluang menjadi pemenang bertuah.

Hadiah bernilai lebih RM700,000 menanti pemenang

Kempen ini boleh dianggap antara program ganjaran penstriman terbesar yang berlangsung di Malaysia pada tahun ini apabila menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000.

Antara hadiah yang menanti peserta termasuk:

  • Sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL
  • Sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo
  • Dua unit TQ Wuling Bingo EV
  • 70 unit telefon pintar Oppo
  • 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu

Dengan nilai hadiah yang cukup besar, tidak hairanlah kempen ini mendapat sambutan memberangsangkan dalam masa yang singkat.

Baca juga: Pertunjukan ‘Hot Wheels Monster Trucks Live™’ Bakal Gegar Oktober Ini, Malaysia Cipta Rekod Jualan Tiket Tertinggi Dalam Sejarah!

Baca juga: “Haid Bukan Topik Memalukan”- SAYS Bawa Isu Kesihatan Wanita Ke Meja Perbincangan Melalui ‘Just Flow With It’

Nak mata berganda? Gunakan ‘Turboost’ pada hujung minggu

kempen Tonton

Untuk peserta yang mahu mengumpul mata dengan lebih cepat, Tonton turut memperkenalkan ciri khas dikenali sebagai Turboost. Melalui ciri ini, peserta boleh memperoleh mata berganda apabila menstrim kandungan terpilih pada setiap Sabtu dan Ahad.

Bagi hujung minggu pertama kempen (20 & 21 Jun 2026), kandungan yang menawarkan mata berganda menerusi Turboost ialah:

  1. Anugerah Tanpa Cahaya
  2. Ayahanda
  3. Menanti Yang Pasti
  4. Switch
  5. Sori: Voice From the Heart

Strategi ini membolehkan peserta meningkatkan jumlah mata dengan lebih pantas berbanding tontonan biasa.

Dapat mata bonus dengan hadiah langganan

Selain menonton kandungan yang ditetapkan, pelanggan juga boleh memperoleh mata tambahan melalui pembelian Tonton Subscription Gifts untuk ahli keluarga atau rakan-rakan.

Ganjaran yang ditawarkan adalah:

  • Langganan hadiah 3 bulan: 100 mata bonus
  • Langganan hadiah 12 bulan: 400 mata bonus

Ini memberi lebih banyak peluang kepada peserta untuk meningkatkan kedudukan mereka dalam kempen tersebut.

Jangan lepaskan peluang sertai sekarang

kempen Tonton Non Stop, On Top!

Bagi peminat drama dan hiburan digital, kempen Tonton Non Stop, On Top! menawarkan peluang menarik untuk menikmati kandungan kegemaran sambil mengumpul mata bagi memenangi hadiah bernilai ratusan ribu ringgit.

Apa tunggu lagi? Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton untuk menyertai kempen Tonton Non Stop, On Top! hari ini.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×