Daripada meneka wajah penyamar hingga menguji kepekaan pendengaran, kempen terbaharu REV Media Group membuktikan satu perkara bahawa semakin hari, semakin sukar untuk kita membezakan yang mana real dan yang mana teknologi AI.
Kita semua tahu teknologi AI banyak membantu dalam kehidupan dari kerja seharian, hiburan hingga penciptaan kandungan. Namun, di sebalik kecanggihan ini adakah kita masih mampu menilai apa yang asli dan apa yang rekaan?
Baca juga: Kajian Microsoft Dedah 40 Jenis Kerjaya Dalam Risiko & Semakin Pupus, AI Dah Ambil Alih!
Cabaran: Cari Siapa Penyamar Siapa Guna Teknologi AI?
View this post on Instagram
Bayangkan anda melihat empat wajah manusia biasa. Namun, salah satunya bukan manusia kerana ia adalah wajah janaan AI. Ramai yang meneka Fanyi, Pakar Strategi Media Sosial, kerana wajahnya kelihatan terlalu sempurna. Inilah dilema dunia digital sekarang: keaslian semakin kabur.
Bukan sekadar wajah, cabaran seterusnya datang dalam bentuk infografik. Di sini, peserta perlu meneka:
- Kandungan mana yang ada label AI?
- Wajah mana yang ditukar menggunakan AI?
- Suara mana yang benar dan mana yang dipalsukan?
Ujian ini membuka mata betapa liciknya teknologi boleh memperdaya deria manusia.
View this post on Instagram
Cabaran Suara: Boleh Percaya Ke?
Dalam satu simulasi, watak Taro menerima panggilan daripada rakannya, Sha, yang meminta wang. Tapi ada sesuatu yang pelik, suara itu sebenarnya janaan AI. Soalannya, jika situasi sebegini berlaku pada anda, apa tindakan anda?
- Segera pindahkan wang?
- Buat panggilan semula untuk kepastian?
- Atau abaikan sahaja?
Inilah realiti penipuan digital yang semakin berleluasa.
View this post on Instagram
Gambar Meriah, Tapi… Betul Ke?
Kempen ini juga memaparkan gambar perarakan Hari Kebangsaan. Dari jauh, suasananya penuh semangat patriotik. Tapi bila diperhatikan betul-betul, ada doktor ‘sado’ berarak, malah seekor kucing oren besar menyertai unit K9! Lucu memang lucu, tapi mesejnya jelas, tidak semua yang tular di media sosial sahih.
View this post on Instagram
Jadi, dalam kempen REAL ke AI? Bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan berfikir sebelum berkongsi. Kandungan ini boleh ditemui di Instagram @revmedia.my serta di platform seperti @saysdotcom, @rojaklah, dan @ohbulanofficial.
Dengan kesedaran kolektif, kita semua boleh memainkan peranan memastikan penggunaan AI lebih bertanggungjawab — agar dunia digital kekal sebagai ruang yang selamat dan boleh dipercayai.
#REALkeAI #FactCheckBeforeYouAct
Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!
