Euforia Bola 2026
Famili

Kematian Kadet PALAPES Syamsul Haris Bukan Insiden Latihan, AGC Sahkan Kes Di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

kadet palapes

Kes kematian kadet PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin sekali lagi menjadi perhatian seluruh negara selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan bahawa insiden ini bukan kematian biasa, sebaliknya kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keputusan ini dibuat selepas AGC menerima dan meneliti taklimat penuh siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Langkah baharu ini sekaligus menolak naratif awal bahawa kematian arwah ‘tiada unsur penderaan’.

Baca juga: Selepas Zara, Ibu Pelatih PALAPES UTM Yang Maut Sedia Kubur Anak Digali Semula & Bedah Siasat Kedua

KES KEMATIAN KADET PALAPES SYAMSUL HARIS KINI DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KES BUNUH

kadet palapes

Foto: BERNAMA

Apa yang mengubah segalanya? Hasil bedah siasat kedua pada 30 Ogos mendapati beberapa kecederaan yang tidak dilaporkan sebelum ini, antaranya:

  • Kecederaan pada bahagian leher,
  • Kesan melecet,
  • Tanda-tanda kecederaan lain yang signifikan.

Penemuan ini bercanggah sepenuhnya dengan laporan awal yang menyatakan tiada kecederaan pada tubuh arwah. Secara tidak langsung, ia menjadi asas kukuh untuk mengklasifikasikan insiden ini sebagai kes jenayah.

Sejak hari pertama, beberapa perkara menimbulkan kegusaran keluarga dan masyarakat:

  • Keluarga didakwa tidak dibenarkan melihat tubuh arwah,
  • Bedah siasat pertama bukan dilakukan oleh pakar,
  • Kecederaan tidak didokumenkan,
  • Laporan polis awal dikatakan ditolak,
  • Urusan jenazah dikendalikan secara ketat.

Beberapa keputusan awal turut disahkan oleh empat kementerian, namun semuanya kini dipersoal semula selepas klasifikasi baharu dibuat oleh AGC.

AGC Maklum Siasatan Polis Diteruskan, Seorang Ibu Berjuang Sendirian

kadet palapes

Foto: Harian Metro

Dalam kenyataan tambahan, AGC memaklumkan bahawa pihak polis sedang melengkapkan siasatan berdasarkan arahan lanjut. Laporan penuh dijangka dirujuk kembali kepada AGC dalam masa terdekat sebelum tindakan susulan diambil.

Untuk rekod, arwah Syamsul Haris, 22 tahun, meninggal dunia pada 28 Julai di Hospital Kota Tinggi selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram.

Namun, di tengah-tengah isu yang melibatkan institusi besar seperti kem tentera, hospital, polis dan kementerian, berdirinya seorang wanita tabah, Cikgu Ummu, ibu kepada arwah Syamsul Haris. Sebagai ibu tunggal yang pernah kehilangan suami, beliau terus memperjuangkan kebenaran untuk anak tercinta. Tanpa ketegasan dan keberaniannya, kemungkinan besar kebenaran ini tidak akan tersingkap.

Kini, kebenaran bukan lagi samar. Dengan dua fakta besar iaitu bedah siasat kedua mengesahkan kecederaan, dan AGC sahkan kes bunuh, masyarakat menunggu kes ini dibawa ke fasa seterusnya, pertanggungjawaban rasmi.

*Semoga perjuangan keluarga ini membuahkan keadilan buat arwah Syamsul Haris dan menjadi pengajaran penting agar insiden sebegini tidak lagi berulang.

Baca juga: Mahkamah Tinggi Shah Alam Perintah Kubur Pelatih PALAPES UTM Syamsul Haris Digali Semula

Sumber: Polis Diraja MalaysiaHarian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×