Euforia Bola 2026
Famili

Jangan Jadi Penonton! Ini Panduan Bila Kemalangan Jalan Raya Berlaku Depan Mata

kemalangan jalan raya

Kemalangan jalan raya boleh berlaku bila dan di mana sahaja. Bayangkan anda sedang memandu atau berjalan kaki, tiba-tiba melihat satu kemalangan berlaku di depan mata.

Dalam keadaan cemas, ramai yang panik dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Artikel ini penulis akan kongsikan memberikan panduan sekiranya berlaku kemalangan.

Baca juga: Terkejut! Keputusan Kolesterol Pesakit Ini Macam Orang Umur 40an, Padahal Dah 51 Tahun…

KEMALANGAN JALAN RAYA DEPAN MATA, APA NAK BUAT?

KEMALANGAN JALAN RAYA

Freepik

Tindakan yang boleh dilakukan adalah:

1. Jangan panik

Langkah pertama, pastikan diri anda dalam keadaan tenang dan jangan terus keluar dari kenderaan atau meluru ke tempat kejadian.

Pastikan berada di tempat yang selamat dan elakkan dari berada terlalu dekat dengan kenderaan yang mungkin masih bergerak, terbakar atau mengandungi bahan berbahaya.

2. Hubungi talian kecemasan (999)

Segera hubungi 999 dan maklumkan kepada operator mengenai:

– Lokasi tepat kejadian (guna papan tanda jalan, bangunan berdekatan, atau aplikasi navigasi.

–  Jenis kemalangan (contoh: kereta terbabas, pelanggaran motosikal, dan lain-lain)

– Anggaran jumlah mangsa dan keadaan mangsa.

Semakin tepat maklumat diberi, semakin cepat bantuan boleh dihantar.

3. Bantu mangsa jika keadaan selamat

Jika anda mempunyai latihan pertolongan cemas dan yakin dengan keadaan sekeliling:

– Bantu mangsa keluar jika ada risiko kebakaran atau letupan.

– Hentikan pendarahan dengan tekanan kain bersih.

– Jangan pindahkan mangsa yang tidak sedarkan diri atau cedera parah kecuali perlu.

Ingat, bantuan yang tidak betul boleh memburukkan keadaan.

4. Kawal lalu lintas jika perlu

Jika keadaan trafik membahayakan mangsa, dan anda berada di tempat selamat, cuba beri isyarat kepada kenderaan lain untuk memperlahankan kenderaan atau berhenti. Gunakan lampu kecemasan, kon, atau melambai dengan kain terang.

5. Ambil gambar/video (jika sesuai)

Jika anda tidak mengganggu bantuan kecemasan, ambil gambar atau video sebagai bukti untuk laporan polis, bukan untuk disebarkan di media sosial. Hormati privasi dan emosi mangsa serta keluarga mereka.

6. Beri kerjasama kepada polis

Apabila pihak berkuasa tiba, beri maklumat yang anda tahu dengan tenang dan jujur. Anda mungkin menjadi saksi penting untuk siasatan.

Melihat kemalangan jalan raya berlaku depan mata memang menggerunkan tetapi dengan bertindak secara bijak, anda boleh membantu menyelamatkan nyawa dan mempercepatkan bantuan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Masalah Gigi Berlubang Boleh Jadi Penyakit Jantung, ‘Ancaman’ Yang Ramai Tak Tahu!

Sumber: Pandu Laju

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×