Euforia Bola 2026
Famili

Waris Mangsa Nahas UPSI Menangis Hiba, Suasana Pilu Selubungi Hospital Gerik…

NAHAS PELAJAR UPSI

Suasana bertukar hiba di pekarangan Hospital Gerik apabila waris mangsa nahas pelajar UPSI di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli mula tiba di pekarangan hospital.

Menerusi video tersebut dapat dilihat seluruh ahli keluarga berada dalam keadaan sedih dan menangis teresak-esak kerana tidak dapat menahan sebak.

Baca juga: Bas Kemalangan Dan Terbalik Di Jalan Jeli-Gerik, 15 Pelajar UPSI Dilaporkan Meninggal Dunia

NAHAS PELAJAR UPSI, SUASANA PILU DI HOSPITAL GERIK

NAHAS PELAJAR UPSI

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, setakat ini, seramai 15 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit.

“Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa 15 orang disahkan meninggal dunia. Sekurang-kurangnya 27 lagi mengalami pelbagai kecederaan dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terperinci berhubung kejadian ini,” jelasnya.

Seramai 7 mangsa berada di zon merah manakala 20 mangsa lagi ditempatkan di zon kuning dan enam mangsa di zon hijau di Hospital Gerik.

Tiga mangsa dari Perodua Alza mengalami kecederaan ringan dan seorang mengalami patah tangan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Difahamkan ini merupakan antara kemalangan maut yang meragut nyawa tertinggi di Malaysia. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebaik sahaja siasatan lengkap dan semua keterangan saksi diambil. Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kemalangan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Baca juga: Sungai BUKAN Tempat Cuci Perut & Buang Najis Lembu, Jangan Biasakan Benda Yang Salah

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×