Euforia Bola 2026
Inspirasi

Bukan 1 Tapi 13 Anak Pasangan Ini Menghafaz Al-Quran, Jalani Hidup Sederhana Tapi Dalam Kalam Allah!

keluarga hafiz al-Quran

“Biarlah maa sederhana, asalkan anak-anak hidup dalam kalam ALLAH,” demikian kata-kata penuh makna daripada seorang ibu yang menjadi tunjang kekuatan sebuah keluarga hafiz al-Quran dari Kampung Patek Kadok, Ketereh, Kelantan.

Kisah mereka ini menjadi inspirasi luar biasa, membuktikan bahawa kesungguhan, doa tanpa putus dan pengorbanan boleh menjadikan impian yang dianggap mustahil sebagai satu kenyataan.

Baca juga: Pelajar Cilik Sarawak Julang Nama Malaysia Promosi Warisan Negara, Raih Gelaran Royal Grand Winner!

KELUARGA HAFIZ AL-QURAN

keluarga hafiz al-Quran

Gambar TikTok @hifzplanner: Hasnah Salleh, ibu kepada 13 orang cahaya mata.

Pasangan Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh dikurniakan 13 cahaya mata.

Lapan daripadanya telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran, manakala lima lagi masih tekun berusaha dalam perjalanan mulia itu.

Apa yang lebih mengagumkan, mereka membesarkan anak-anak dengan pendidikan agama walaupun dalam keadaan serba sederhana.

“Walaupun ayah hanya seorang pensyarah dan ibu seorang guru, dalam serba kekurangan mereka tetap utamakan pendidikan agama untuk kami. Setiap bulan, RM400 untuk seorang anak dilaburkan untuk menghantar kami ke pusat tahfiz,” ujar salah seorang anak mereka melalui perkongsian di TikTok @hifzplanner.

Kisah ini mengingatkan bahawa kejayaan bukan hanya diukur pada kedudukan atau harta benda, tetapi pada nilai didikan dan akhlak yang ditanam dalam diri anak-anak.

Mohd Rizuhan sanggup berkorban tenaga dan masa, menghantar dan mengambil anak-anak dari pusat tahfiz tanpa pernah mengeluh di depan mereka, walaupun penat bekerja seharian.

Baca juga: Ahmad Nur Iman Raih No. 3 Dunia Untuk Peperiksaan ACCA, Anak Jati Terengganu Banggakan Malaysia

Bukan mudah membesarkan anak-anak dalam suasana sebegini.

Pasangan ini pernah berdepan ragam anak yang menangis, berguling di pasir, berpura-pura sakit, malah mengejar kereta ayah kerana rindukan rumah. Namun kesabaran menjadi kunci utama kejayaan keluarga ini.

Kini, anak-anak mereka bukan sahaja hafiz al-Quran, tetapi juga berjaya dalam pelbagai bidang.

Anak sulung Muhammad Zaim, 33, dan anak keenam Nur Syakirah, 27, bergelar usahawan. Anak ketiga, Fatimah Zaharah, 30, seorang doktor perubatan.

Tiga lagi, Mardhiah, Asma’ Nabila dan Nur Syakirah memilih menjadi ustazah. Sementara anak-anak lain sedang melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat.

Kisah keluarga ini bukan sekadar meraih perhatian warganet, malah menyuntik inspirasi bahawa pendidikan agama, sokongan ibu bapa dan pengorbanan ikhlas adalah pelaburan terbesar dalam membentuk generasi cinta al-Quran.

“Biarlah maa sederhana, asalkan anak-anak hidup dalam kalam ALLAH.” Kata-kata ini terus tersemat sebagai azimat kekuatan buat semua yang mengimpikan keluarga seumpama mereka.

@hifzplanner

Kata maa tak mampu bagi didikan agama sebabtu hantar tahfiz…tapi dia yang paling banyak sujud minta anak-anak jadi orang beragama. #hifzplanner

♬ original sound – Hifzplanner – Hifzplanner

Baca juga: Aktres Kavita Sidhu Bukti Tiada Batas Usia, Kini Terima PHD Pada Umur 54!

Sumber: TikTok @hifzplanner

FT Image: TikTok @hifzplanner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×