Euforia Bola 2026
Famili

‘Pagar’ Rumah Dengan Ayat Surah Ini, Wanita Kongsi Kisah Perompak Tak Bermaya Cari Jalan Keluar!

ayat 9 surah yasin

Setiap kali anda meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama sama ada untuk pergi bekerja atau bercuti, pasti akan ada amalan doa yang dibaca seperti Ayat 9 Surah Yasin. Hal ini supaya rumah kita sentiasa selamat dan terhindar dari segala aktiviti rompakan.

Sesungguhnya, keajaiban ayat ini terbukti apabila ada perkongsian keluarga ini berhadapan detik mencemaskan ketika muncul lelaki yang tidak dikenali dari dalam rumah! Macam mana boleh berlaku?

Baca juga: Fail Mahkamah TV3 Rungkai Kes Bunuh Jiran Tahun 2020 Yang Kejam, Mayat Dibuang Dalam Parit!

‘PAGAR’ RUMAH AYAT 9 SURAH YASIN, PEROMPAK MASUK RUMAH CARI JALAN KELUAR TAK JUMPA!

ayat 9 surah yasin

Foto yang dikongsikan.

Menurut kisah dari ibu kepada dua orang anak ini, dia dan suaminya bekerja syif dalam bidang perhotelan di Genting Highland namun tinggal di Batang Kali, Selangor. Bukan itu sahaja, keperluan bekerja mereka adalah selama 3 minggu dan diberikan cuti selama seminggu setiap bulan. Jadi, sepanjang masa akan tiada di rumah.

Oleh kerana mereka sering tiada di rumah, suaminya mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan. Nak dijadikan cerita, satu hari selepas mereka balik bercuti, dia buka saja pintu rumah ternampak ada lelaki dalam rumah dalam keadaan tak bermaya, boleh dikatakan separuh sedar!

“Saya berlari keluar panggil suami supaya pegang anak-anak dan saya nak telefon polis. Tetapi suami cakap tak perlu telefon dulu, biar dia jumpa lelaki tu dulu. Suami telefon ibu bapa saya yang tinggal berdekatan untuk datang. Suami saya bagi air, lepas tu bagi pula makanan yang kami bungkus tadi sebelum balik kepada lelaki tu,” kata ibu ini.

RASA KAKI SEOLAH DIPASUNG

ayat 9 surah yasin

Selepas dia selesai makan, suami mula menyoal “Buat apa di rumah kami?”

Menurut lelaki misteri tersebut, dia sudah lama ‘mark’ rumah wanita ini kerana sering kosong. Jadi, dia menunggu masa yang sesuai sahaja untuk masuk dan rompak.

“Menggigil tangan saya nak telefon polis tapi suami tak izinkan. Suami tanya apa yang terjadi dan kenapa tak rompak? Kenapa masih di dalam rumah? Kenapa lemah tak bermaya?”

Sangat mengejutkan apabila lelaki tersebut mengatakan bahawa kakinya rasa seolah-olah dipasung dan tidak mencari jalan untuk keluar rumah. Malah, dia juga tidak dapat bergerak walaupun untuk mencari setitis air untuk minum! Oleh itu, suaminya lembut hati untuk melepaskan lelaki misteri tersebut kerana ini mungkin ujian Allah SWT kepada diri mereka sendiri.

Setelah selesai semuanya, suaminya membuka cerita bahawa sebenarnya dia mengamalkan pesanan arwah bapanya supaya setiap kali nak keluar rumah walaupun nak pergi makan malam depan rumah, bacalah satu Ayat 9 dari Surah Yasin. Bukan saja nak keluar rumah, tiap kali nak tidur pun suami akan baca seperti dipesan arwah bapanya.

*Semoga kisah dan amalam yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Hebatnya kuasa Allah SWT!

Baca juga: Bayi Lelaki Baddrol Bakhtiar Meninggal Dunia, “ALLAH Pinjamkan Muhammad Darwisy Sekejap”

Sumber: Tiktok @akakketumbar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×