Kegembiraan bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah, Seremban pada petang Ahad.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang memancing sebelum insiden tidak diduga berlaku sehingga mengakibatkan mangsa lemas.
AJAL KETIKA MEMANCING, KANAK-KANAK LEMAS TERJATUH KE DALAM LOJI AIR

Gambar JBPM Negeri Sembilan: Pasukan Bomba mengeluarkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah di sini, petang semalam.
Dipercayai terjatuh ketika memancing
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.20 petang. Mangsa yang berusia 12 tahun dipercayai terjatuh ke dalam loji air ketika sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan tidak lama selepas kejadian berlaku.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang bergegas ke lokasi kejadian.
“Jentera bomba tiba di lokasi jam 2.27 petang. Pasukan turut dibantu anggota dari BBP Teluk Kemang,” katanya ketika dihubungi media tempatan, semalam.

Gambar JBPM Negeri Sembilan.
Mangsa ditemukan tetapi disahkan meninggal dunia
Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya dijalankan sejurus pasukan bomba tiba di lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang terjatuh ke dalam loji air tersebut.
Tambahnya, mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.49 petang oleh pasukan penyelamat yang berada di lokasi.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
justeru itu, ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak terutama apabila berada berhampiran kawasan berisiko seperti sungai, kolam atau loji air.
Baca juga: Anak Usia 6 Tahun Dah Jalani 170 Kali Kimo Akibat Kanser Otak, Kini Rafa Alaudin Disahkan Buta
FT Image: BERNAMA
