Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai terjatuh dari bangunan 30 tingkat sebuah pangsapuri yang terletak di Jalil Impian 1 Bukit Jalil, semalam.
Difahamkan, mangsa terjatuh dari balkoni kediaman bertingkat itu dan Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan menjelaskan, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 11.17 pagi.
Baca juga: Rupanya ‘Upload’ Gambar Dekat Facebook Boleh Dapat Duit, Ini Cara Yang Ramai Tak Tahu!
KANAK-KANAK MAUT TERJATUH DARI BANGUNAN 30 TINGKAT

Menurutnya, orang awam memberitahu ada seorang kanak-kanak terjatuh dari bangunan perumahan sebelum mereka segera menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
“Individu itu memaklumkan seorang kanak-kanak terjatuh dari bangunan di perumahan berkenaan,” jelasnya.
Tambahnya juga, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan proses bedah siasat akan dilakukan hari ini.
Orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan membolehkan pihak berkuasa menjalankan tugas secara menyeluruh.
Baca juga: Isteri Nabil, Zira Ayub Dedah Pengalaman Rakan Bila Anak Kena Culik, “Mereka Sorok Dalam Lori Ayam…”
Sumber: Harian Metro
