Euforia Bola 2026
Famili

“JKM & PDRM Mana?” Dikatakan Kanak-Kanak Jadi Maskot Katak Demi Rezeki, Ramai Luah Simpati & Marah

maskot katak

Tular di media sosial baru-baru ini, dikatakan seorang kanak-kanak memakai maskot katak di hadapan sebuah pasar raya di Kota Bharu telah meraih perhatian warga maya apabila videonya berdurasi 28 saat dikongsikan oleh pengguna TikTok, @ComrdRiz.

Dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu dilihat berdiri di kawasan parkir pasar raya dalam cuaca panas terik selama beberapa jam, dipercayai untuk menarik perhatian pelanggan demi mencari rezeki.

Baca juga: artikel 9.30pm

KANAK-KANAK PAKAI MASKOT KATAK

maskot katak

TikTok @comrdriz

Tindakan itu ternyata menyentuh hati pengguna media sosial yang prihatin terhadap nasib kanak-kanak tersebut.

“Kanak-kanak tak boleh dibiarkan tanpa penjaga atau dieksploitasi. Maaflah adik, abang tiada duit tapi abang ada coklat dan snek.

“Berjam mesti adik panas pakai ‘katak’ itu dekat parkir pasar raya itu. Aku yang pakai t-shirt pun dah berpeluh kemarau ini,” kata individu dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau aktiviti kanak-kanak meminta sedekah.

“Semoga adik ini tidak tergolong dalam cengkaman sindiket atau silent suffering (penderitaan yang tidak terlihat atau diabaikan),” ujarnya lagi.

Baca juga: Rider Kecewa Pakaian Pelanggan Menjolok Mata Ambil Makanan, “Tahu Saya Dah Nak Sampai, Tapi Kenapa…”

Reaksi dalam ruangan komen kebanyakannya meluahkan kemarahan dan kebimbangan terhadap situasi itu. Ramai yang mempertikaikan peranan ibu bapa dalam menjaga kebajikan anak-anak, terutama apabila melibatkan kerja di usia yang terlalu muda.

“Kanak-kanak tidak boleh dibiar tanpa penjaga atau dieksploitasi,” luah salah seorang pengguna, menyuarakan kebimbangan terhadap aspek keselamatan dan hak kanak-kanak.

Ada juga yang meluahkan rasa sedih melihat perbandingan antara kanak-kanak itu dan rakan sebaya yang lain.

“Kalau rasa tidak mampu nak beri kesenangan dekat anak, tak payah ada anak lagi. Apa dia rasa nampak budak-budak keluar pasar raya pakai baju elok-elok tapi dia pakai baju katak sahaja minta duit,” komen @Meow.

“Sesusah apa sekalipun kita sebagai ibu bapa, anak tak wajib bekerja cari duit. Kita yang patut usaha besarkan mereka,” tambah @Myraa yang turut mengakui tidak tahu latar belakang keluarga kanak-kanak itu namun tetap prihatin terhadap keperluan melindungi hak kanak-kanak.

Baca juga: Dua Beradik Warga Emas Sedekad Tak Bertegur, Dipertemukan Semula Kerana Anak-Anak, Meruntun Hati!

Sementara itu, beberapa warga maya turut berkongsi pengalaman melihat kes serupa di tempat lain, membuktikan isu eksploitasi kanak-kanak bukanlah perkara terpencil.

“Pernah sekali dekat Bagan Lalang, budak itu sebaya anak sulung aku. Malam-malam bawa laksa berat. Bila tanya mana mak, dia tunjuk jauh sana. Patutnya ibu yang menjaja,” tulis @NorinAli.

“Dekat tempat saya pula ada adik jual kek tornado di pasar malam. Tiada payung, tiada kerusi. Hanya berdiri dan dekati pelanggan seorang diri,” kongsi @Nfiza21.

Baca juga: “Neraka Bukan Bahan Jenaka”, PU Syed Kecam Konten Video Tular Didakwa Persenda Agama

Fenomena ini mencetuskan persoalan besar tentang tanggungjawab ibu bapa, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pekerjaan kanak-kanak serta keperluan memperkukuh jaringan keselamatan sosial bagi keluarga miskin.

Pihak berkuasa dan masyarakat diharap dapat mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat melalui zaman kanak-kanak mereka dengan selamat dan bermaruah.

Baca juga: Dr. Amalina & Suami Sambut Kehadiran Anak Kedua, Nama Aurora Sienna Jadi Pilihan!

Sumber: TikTok @comrdriz

FT Image: TikTok @comrdriz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×