Euforia Bola 2026
Asuh

Budak 4 Tahun Terselamat Lepas Jatuh Tingkat 16 & Tanpa Patah Tulang!

kanak-kanak autisme terjatuh

Peribahasa ada menyatakan, “berpantang maut sebelum ajal.” Perkara itu berlaku kepada seorang kanak-kanak autisme terjatuh dari tingkat 16, yang hanya mengalami calar kecil tanpa sebarang patah tulang.

Di mana, insiden luar biasa itu terjadi kepada budak lelaki berusia 4 tahun di sebuah kompleks pangsapuri jenis bertingkat tinggi.

Baca juga: Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!

KANAK-KANAK AUTISME TERJATUH TINGKAT 16 & CEDERA RINGAN

kanak-kanak autisme terjatuh

Gambar: Benjamin Salvatore/Unsplash

Semasa kejadian kanak-kanak bernama Enzo itu berada di dalam bilik ketika bapanya, Ji, mendengar dia menangis. Lantas, Ji pergi memeriksa Enzo untuk menenangkannya. Namun, ketika Ji cuba memasuki bilik anaknya itu, dia menyedari bahawa pintu itu berkunci.

Difahamkan, keadaan itu tidak pernah berlaku sebelumnya. Malah, ibu bapa Enzo mengesyaki bahawa anak lelaki mereka tidak sengaja mengunci dirinya di dalam yang menyebabkan dia panik.

Baca juga: Sulung Makan Hati 5 Adik Tak Kenang Budi, Ambil Semua Duit Terus Tak Bagi Muka!

Ji sedar dia sudah terlambat selepas melihat tingkap terbuka

Pada masa Ji berjaya memecahkan pintu, tangisan Enzo telah berhenti dan bilik itu kelihatan kosong. Melihat tingkap terbuka, lelaki itu menyedari bahawa dia sudah terlambat.

Ji bergegas ke balkoni dan melihat anaknya terbaring tidak bergerak di atas bumbung sebuah farmasi di aras bawah yang diliputi tanah. Tanpa buang masa, Ji segera keluar dari bangunan pangsapuri dan memanjat bangunan farmasi untuk mencapai bumbung tersebut.

Terkejut melihat insiden luar biasa yang berlaku pada anak lelakinya

Menurut  Oddity Central, Ji terkejut melihat Enzo dapat bergerak sendiri dengan hanya calar kecil pada kakinya.

“Enzo mampu bergerak. Dia sedar dan saya tidak nampak darah keluar. Dia hanya mengalami calar kecil di kakinya,” kata Ji kepada akhbar Perancis Le Parisien.

Bagaimanapun, ibu bapa Enzo masih bimbang tentang kecederaan dalaman dan menghubungi perkhidmatan kecemasan. Kemudian, Enzo dimasukkan ke Hospital Necker dan di dalam pemerhatian selama tujuh hari.

Sepanjang tempoh tersebut, doktor telah melakukan beberapa siri ujian untuk memastikan kanak-kanak istimewa itu benar-benar sihat seperti yang dilihat.

Selain daripada sedikit pendarahan kecil di buah pinggang dan paru-paru yang telah dirawat oleh pakar bedah, Enzo tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lain.

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

Selepas keluar hospital Enzo pergi sekolah seperti tiada apa yang berlaku

kanak-kanak autisme terjatuh

Gambar: DR

Selepas tujuh hari, Enzo dikeluarkan dari hospital dan meneruskan kehidupan normalnya seperti tiada apa yang berlaku. Di mana, kanak-kanak itu juga dapat kembali ke sekolah taska pada minggu terakhir bulan Jun dan kelihatan sihat seperti biasa.

Ibu bapanya terkejut, sama seperti doktor yang merawatnya.

“Dia telah meneruskan kehidupan normal, semuanya baik-baik saja. Saya tidak percaya kepada keajaiban, tetapi sekarang saya percaya,” kata ibu Enzo.

Ada yang menyatakan bumbung farmasi yang dilitupi tanah itu sedikit sebanyak melindungi pendaratannya, tetapi doktor yakin ia lebih berkaitan dengan badan yang ringan dan fleksibel.

“Mereka (kanak-kanak) mempunyai koefisien keanjalan tulang dan sendi yang lebih baik,” kata Dr. Véronique Bourg kepada Le Parisien.

Menurut sumber, kejadian ajaib itu berlaku di Aubervilliers, Perancis.

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

Sumber: Oddity Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×