Khas untuk individu yang sering pergi ke luar negara, anda sangat memerlukan info berguna ini! Tahukah anda aplikasi kalkulator di telefon pintar, sama ada sistem IOS atau android, sebenarnya mempunyai fungsi kadar tukaran mata wang asing.
Perkongsian bermanfaat dari Yusrina Yusup di Facebook ternyata mengejutkan ramai pengguna peranti ini yang selama ini hanya memuat turun aplikasi lain atau membuat carian di laman sesawang sahaja.
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!
KADAR TUKARAN MATA WANG ASING KALKULATOR IOS & ANDROID
Justeru itu, jom baca sampai habis untuk mengetahui fungsi lanjut kadar tukaran mata wang asing di kalkulator telefon pintar anda. Lebih senang bila pergi melancong!
Dulu saya selalu buka aplikasi Xe. Sekarang dah boleh guna calculator directly dah untuk tengok conversion. Ini saya guna iPhone.
Selain map, money conversion pun memeningkan kepala kadang-kadang.
Baca juga: Ambil Tahu Warna Pakaian Untuk Pasport & IC, Barulah Gambar Cun Tak Nampak Pelik!
Kalkulator IOS
- Buka kalkulator.
- Klik logo kalkulator dekat bawah.
- Pilih ‘convert’.
- Dah keluar macam imej nombor 3, boleh pilih nak mata wang apa.
Setakat ini, IOS guna data dari Yahoo finance. Saya dah semak dengan Xe untuk mata wang Turki iaitu lira dan ternyata sama.
Malah, fungsi tersebut ada di IOS 18 ke atas. Bolehlah cuba. Semoga bermanfaat!

Gambar: Yusrina Yusup
Baca juga: Sebelum Melancong Ke China, Kena Ada 7 Aplikasi Ini Dalam Phone Baru Rasa Mudah Ke Mana-Mana!
Reaksi pengguna iPhone
Sementara itu, ternyata ramai lagi pengguna iPhone masih tidak tahu akan fungsi tersebut sebagaimana dikongsikan mereka di ruangan komen pada hantaran tersebut.
“Terima kasih. Baru tahu, sebelum ini adoi kena check exchange rate bagai.
“Terima kasih sharing! Kalau tak asyik buka Google. Nak download penuh space phone. Benda tak pakai selalu pun.
“Saya guna masa di Hungary, Czech dan Austria hari itu, anak tukang standby convert. Tapi, tak sama dengan Xe lebih fungsinya, kalkulator kurang sikit.
“Bukan setakat currency, banyak lagi features senang nak tahu batu to km, kaki to meter dan lain-lain. Give a try ya,” antara komen ditinggalkan pengguna iPhone.
Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman ‘Renew’ Pasport Selaju Kilat, Tak Perlu Nombor Giliran Masa Ambil!
Kalkulator android
Selain itu, pengguna sistem android turut berkongsikan maklumat bahawa kalkulator mereka juga mempunyai fungsi yang sama seperti gambar di bawah mengikut jenis telefon pintar.

Gambar di ruangan komen hantaran Yusrina Yusup: Fungsi kadar tukaran mata wang asing kalkulator di dua jenis telefon pintar yang berbeza.
Baca juga: Kad Touch ‘n Go Hilang Atau Tamat Tempoh? Ini Cara Mudah ‘Refund’ Baki Wang!
Sumber: Yusrina Yusup
FT Image: Google / 8photo

