Euforia Bola 2026
Didik

Budak Lelaki 6 Tahun Buat Dunia Terpukau, Cipta Rekod Kenal Pasti 65 Mata Wang Dalam Seminit!

senarai mata wang dunia

Pada usia baru enam tahun, seorang kanak-kanak di Seremban bernama D. Devakshean sudah pun mencipta sejarah luar biasa apabila berjaya mengenal pasti 65 senarai mata wang dunia dalam masa hanya satu minit!

Kehebatan luar biasanya itu melayakkan namanya tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Baca juga: Dua Kadet Malaysia Cipta Sejarah, Terpilih Ke Akademi Ketenteraan Terkemuka Amerika Syarikat!

BARU USIA 6 TAHUN DAH KENAL 65 SENARAI MATA WANG DUNIA DALAM SEMINIT!

senarai mata wang dunia

Foto: Devakshean menunjukkan rekod MBOR dan British World Record yang diterimanya.

Lebih mengagumkan, si cilik genius ini turut diiktiraf oleh British World Record selepas berjaya mengingati mata wang dari 200 negara dalam masa 11 minit 45 saat, menjadikan beliau antara kanak-kanak termuda yang memiliki daya ingatan luar biasa di peringkat dunia.

Menurut ibunya, Devamalar, 37, bakat anaknya mula terserlah seawal usia setahun apabila dia sudah mampu mengecam bendera Malaysia dengan tepat.

“Kami perasan sejak kecil lagi, bila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat tangkap dan hafal. Dari situlah kami mula latih secara konsisten,” katanya ketika ditemui pada majlis pengiktirafan rasmi Devakshean yang berlangsung di Hotel D’Sora Boutique, Seremban.

Seawal usia dua tahun, Devakshean mencatat rekod mengenal pasti 241 bendera dari seluruh dunia. Tahun lalu pula, ketika berumur empat tahun, dia berjaya menyertai cabaran mengenal pasti bendera dan mercu tanda negara, sekali lagi mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada majlis tersebut, Devakshean menerima dua pengiktirafan utama:

  • Malaysia Book of Records – Most Foreign Currencies Identified by a Child in One Minute
  • British World Record – Young Global Expert of 195 Countries Flags and Currencies of the World

Belajar Secara Suka Rela, Hafal Tanpa Dipaksa

senarai mata wang dunia

Foto: Penyampaian sijil MBOR kepada Devakshean yang ditemani ibu bapanya (kanan).

Dalam laporan Sinar Harian lagi, Devamalar berkongsi bahawa latihan bagi cabaran ini hanya mengambil masa sebulan semasa cuti sekolah, dan semuanya dilakukan tanpa paksaan.

“Dia memang ada minat sendiri. Walaupun kami tak suruh, dia akan cari gambar dan fakta sendiri untuk dihafal. Daya ingatan dia luar biasa, bukan sekadar mata wang dan bendera saja, banyak lagi yang dia suka,” kata ibu.

Devakshean kini menjalani pendidikan awal di sebuah sekolah swasta, sementara ibu bapanya merancang strategi untuk terus membangunkan potensi anak mereka.

“Impian kami, dia dapat peluang hingga ke peringkat Guinness World Records. Harap lebih ramai orang akan kenal bakatnya dan membuka ruang lebih luas untuknya berkembang,” ujar Devamalar lagi.

Pasangan suami isteri ini turut menjelaskan bahawa mereka kini sedang meneliti bidang-bidang lain yang boleh diketengahkan mengikut minat semula jadi Devakshean.

“Kami sudah tahu cara latih dia. Yang penting, dia seronok belajar. Kami akan terus beri sokongan penuh…” kata mereka.

*Tahniah dan semoga terus cemerlang di masa hadapan!

Baca juga: 22 Kali Kemo & 15 Radioterapi, Graduan Pejuang Kanser Berdiri Gah Di Pentas Konvokesyen Genggam Ijazah!

Sumber: Sinar Harian, BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×