Euforia Bola 2026
Didik

Bapa Ini Dedah Kenapa Pilih Jurusan Universiti Anak Perlu Seawal TINGKATAN 3 & Jangan Tunggu SPM!

jurusan universiti

Memilih jurusan universiti seawal tingkatan 3 sebenarnya lebih penting daripada apa yang disangka. Ramai ibu bapa dan pelajar sendiri hanya mula memikirkan hal ini selepas SPM, sedangkan keputusan awal tentang jurusan universiti dan hala tuju kerjaya boleh memudahkan banyak perkara.

Hal ini termasuk, pemilihan aliran sekolah, subjek, dan kelayakan kemasukan ke universiti.

Baca juga: Kongsi Cara Mandikan Ibu Terlantar Di Atas Katil, Anak Mithali Ini Beri Ilmu Berguna Kepada Masyarakat!

PILIH JURUSAN UNIVERSITI SEAWAL TINGKATAN 3

jurusan universiti

Keratan akhbar Utusan Malaysia pada Isnin minggu lepas yang dikongsikan Abdul Muiez di hantaran Facebook.

“Kenapa tingkatan 3? Meh saya kongsikan satu kisah mengenai anak saya,” tulis Abdul Mueiz di Facebook.

Mueiz berkongsi pengalaman peribadi tentang anaknya yang sebelum ini belajar di MRSM dan mengambil IGCSE.

Namun, menjelang akhir tingkatan 3, anaknya sendiri membuat keputusan mahu keluar MRSM. Bukan kerana ikut kawan, tapi atas pilihan sendiri.

Setelah berbincang dengan banyak pihak, mereka setuju memindahkan anaknya ke sekolah lain. Di mana Muiez sebagai ayah memilih untuk meletakkan anaknya di kelas aliran akaun.

“Pada hemat saya, kalau dia tak boleh bawa IGCSE, untuk apa saya masukkan dia ke kelas STEM,” katanya.

Namun, si anak tetap berkeras mahu masuk kelas STEM A.

“Marah betul saya. Kalau kau nak masuk STEM A, apa kejadahnya kau keluar MRSM. Baik kau stay dan ambil IGCSE.”

Walau bagaimanapun, perjalanan anaknya dalam kelas STEM berjalan lancar.

Baca juga: Guru Layak RM100 Baucar Buku Tapi Ramai Tak ‘Claim’? Bukan Susah Pun Nak Buat, Ikuti Panduan Ini!

Sehinggalah tiba-tiba semasa tingkatan 5, anaknya menyatakan minat mahu sambung dalam bidang Bahasa Inggeris.

“Mana taknya. Kalau nak ambil Bahasa Inggeris, buat apa ambil aliran STEM?”

Abdul Mueiz kemudian berkongsi contoh untuk masuk ke kursus Bahasa Inggeris di Kolej Profesional MARA, pelajar tidak perlu pun subjek STEM. Pilihan subjek seperti Tasawwur dan Seni Visual sudah cukup.

Tidak perlu membebankan diri belajar Matematik Tambahan, Fizik, Kimia atau Biologi yang bukan keperluan pun untuk bidang tersebut.

“Ishhhh geram jeeeee,” tulisnya berseloroh.

Baca juga: Pilihan Sambung Belajar Lepas SPM Bukan Mudah, Tapi Nasihat Ibu Ini Mungkin Buka Mata Anda

jurusan universiti

Abdul Muiez berkongsi contoh syarat khas Bahasa Inggeris di Kolej Profesional MARA.

Kini anaknya sedang bersedia menghadapi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dia berharap semuanya dipermudahkan.

Melalui kisah ini, Muiez menegaskan pentingnya ibu bapa memahami kecenderungan dan minat anak seawal tingkatan 3 supaya pemilihan aliran, subjek dan jurusan lebih terarah.

“Bukan tingkatan 5 baru nak tanya, ‘kau nak jadi apa?’ Bukanlah terlambat, tapi kalau dapat dirancang lebih awal, mungkin lebih mudah.”

Perkongsian ini bertujuan peringatan kepada ibu bapa supaya lebih peka dan merancang perjalanan pendidikan anak-anak dari awal lagi.

Selamat maju jaya ke atas anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM!

Baca juga: Perhatian! 5 Persediaan Ini Boleh Selamatkan Anda Dari Malu Hari Pertama ‘Internship’, Rugi Kalau Tak Baca

Sumber: Abdul Muiez

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×