Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Seminggu Sekali Cukup Tak? Pakar Jelas Berapa Kali Suami Isteri Perlu ‘Bersama’ Setiap Bulan Supaya Normal!

kekerapan seks

Bab soal hubungan suami isteri ini memang antara topik yang ramai malu nak tanya, tapi diam-diam semua nak tahu jawapannya. Lebih-lebih lagi bila masuk bab kekerapan seks, pasti ada yang tertanya-tanya, “Normal ke kalau seminggu sekali?” atau “Kalau sebulan cuma beberapa kali, okay lagi ke?”

Hakikatnya, tidak ada ‘formula wajib’ yang boleh digunakan untuk semua pasangan. Rumah tangga bukan jadual kelas sekolah yang ada waktu tetap Isnin sampai Jumaat pukul 8 pagi.

Baca juga: “Cincin Sama, Orang Yang Sama”- Suami Cipta Momen ‘Kahwin Semula’ Isteri Hilang Ingatan, Sentuh Hati Ramai

KEKERAPAN SEKS SUAMI ISTERI, SETIAP BULAN BERAPA KALI?

kekerapan seks

Gambar hiasan: Gemini AI

Menurut perkongsian Hello Doktor, apa yang dianggap ideal sebenarnya bergantung kepada keselesaan, kemampuan dan kesepakatan pasangan itu sendiri.

Sekali seminggu dianggap paling biasa?

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior pada tahun 2017, majoriti pasangan di Amerika Syarikat melakukan hubungan seksual sekitar 54 kali setahun.

Kalau dibahagikan secara matematik mudah, jumlah itu lebih kurang sekali seminggu. Maksudnya, sekitar 4 ke 5 kali sebulan.

Namun jangan pula lepas baca terus buka kalkulator dan mula kira “eh bulan ini baru dua kali!”

Ini kerana pakar terapi seks dari New York University, Dr. Logan Levkoff menjelaskan bahawa tiada angka yang benar-benar dianggap normal untuk semua orang.

Ada pasangan yang bahagia dengan kekerapan tinggi, ada juga yang jarang bersama tetapi hubungan tetap harmoni dan penuh kasih sayang. Pendek kata, lain pasangan lain “rentak”.

Baca juga: “Betul Ke Nanas Boleh Maniskan Air Mani?” – Soalan Berani Lelaki Ini Jadi Perdebatan, Ini Jawapan Pakar!

Banyak faktor pengaruhi kekerapan hubungan intim

Realitinya, kehidupan pasangan berkahwin hari ini bukan sekadar tentang cinta dan dating macam drama pukul 7 malam. Ada kerja, anak, komitmen, bil dan kadang-kadang penat sampai tengok bantal pun terus ‘KO’.

Disebabkan itu, banyak faktor boleh mempengaruhi kekerapan seks dalam rumah tangga, antaranya:

  • Faktor usia
  • Keadaan kesihatan
  • Hormon badan
  • Pengambilan ubat
  • Perancangan keluarga
  • Tekanan kerja dan kesibukan harian
  • Isu keyakinan diri atau penampilan fizikal
  • Masalah emosi seperti stres dan kemurungan
  • Konflik dalam hubungan

Ada masanya pasangan memang mahu meluangkan masa bersama, tetapi keadaan fizikal dan mental tidak mengizinkan. Itu perkara normal dalam kehidupan berumah tangga.

Baca juga: Perangai Suami Obses Tengok Isteri Berak, Siap Nak Cebok Sekali… Wanita Ini Trauma Baru Kahwin 2 Minggu!

kekerapan seks

Gambar hiasan: Gemini AI

Komunikasi lebih penting daripada angka

Apa yang lebih membimbangkan sebenarnya bukan soal “berapa kali”, tetapi apabila pasangan langsung tidak berbincang tentang keperluan emosi dan hubungan intim masing-masing.

Dalam sesetengah kes, isu nafkah batin yang terabai boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang dan penuh salah faham.

Sebab itu, komunikasi antara suami isteri sangat penting supaya kedua-dua pihak memahami kehendak, kemampuan dan keadaan pasangan masing-masing tanpa perlu memendam rasa.

Kadang-kadang yang pasangan perlukan bukan sekadar masa bersama, tetapi rasa dihargai, difahami dan diberi perhatian.

Akhirnya, tiada angka ajaib yang boleh menentukan bahagia atau tidak sesebuah rumah tangga. Sama ada 4 kali, 5 kali atau lebih jarang daripada itu, paling penting kedua-duanya selesa dan hubungan kekal harmoni.

Lagipun setiap pasangan ada cara sendiri untuk menunjukkan kasih sayang. Betul tak?

Sumber: Hello Doktor

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×