Euforia Bola 2026
Kerjaya

Walaupun Gaji Tinggi Tapi Siapa Sangka 7 Pekerjaan Ini Boleh ‘Ambil’ Nyawa, Sanggup Tak?

jenis pekerjaan bahaya

Tahukah anda, terdapat jenis pekerjaan bahaya di Malaysia yang menawarkan gaji tinggi namun risikonya adalah boleh mengakibat nyawa tergadai. 

Di bawah ini penulis kongsikan 7 jenis pekerjaan bahaya tersebut untuk anda baca. Kalau anda rasa inginkan gaji tinggi dengan lebih mencabar, boleh cuba mohon!

Baca juga: Bermula 1 Mei, Pelancong Asing Perlu Isi Kad Ketibaan Digital 3 Hari Sebelum Ke Thailand

JENIS PEKERJAAN BAHAYA TAPI GAJI LUMAYAN, SANGGUP TAK?

JENIS PEKERJAAN BAHAYA

1. Jenis pekerjaan bahaya – penyelam komersial

Jenis pekerjaan bahaya yang pertama tetapi gaji lumayan adalah penyelam komersial kerana perlu bekerja di dasar laut dengan peralatan berat.

Ini boleh mengakibatkan pekerja sesat bawah air, putus bekalan oksigen, serangan haiwan laut atau lemas.

Anggaran gaji: RM10,000 – RM25,000++

2. Pekerja offshore (Pelantar minyak & gas)

Selanjutnya, pekerjaan ini dikatakan bahaya kerana terdedah pada bahan letupan, kebakaran dan jatuh dari struktur tinggi.

Anggaran gaji: RM8,000 – RM20,000+

3. Petugas pemadam kebakaran

Petugas pemadam kebakaran juga jenis pekerjaan bahaya kerana perlu menangani situasi kecemasan yang melibatkan kebakaran, menyelamatkan nyawa dan melindungi harta benda. Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan awam dan alam sekitar.

4. Jenis pekerjaan bahaya – perlombongan/kuari

Terdedah pada letupan batu, runtuhan, habuk toksik (silika) dan kerja bawah tanah dengan pengudaraan terhad.

Anggaran gaji: RM4,000 – RM10,000

5. Pekerja pembinaan bangunan tinggi

Jenis pekerjaan bahaya nombor lima ini boleh meragut nyawa kerana sekiranya tersilap langkah, anda boleh jatuh daripada bangunan tinggi.

Anggaran gaji: RM3,000 – RM7,000+

6.  Juruelektrik voltan tinggi

Jenis pekerjaan sebagai juruelektrik voltan tinggi dikatakan bahaya kerana jika terkena renjatan 11kV ke atas, letupan elektrik (arc flash) atau jatuh dari tiang/panel, anda boleh rentung dalam sekelip mata.

Anggaran gaji: RM5,000 – RM15,000

7. Pemandu lori tangki (Minyak/gas/kimia)

Membawa bahan mudah terbakar boleh mengakibatkan kematian jika berlaku kemalangan di jalan raya.

Anggaran gaji: RM5,000 – RM10,000

Tujuh jenis pekerjaan bahaya di Malaysia ini menawarkan gaji yang lumayan namun tidak semua orang sanggup menggadaikan nyawa mereka.

Baca juga: Ibu Bakal Isteri Selamba Minta Duit Hantaran Sampai RM30K, Guna Alasan Anak Ada Pangkat Doktor!

Sumber: Iluminasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×