Dalam dunia hari ini, ramai mengejar kerja selesa dalam pejabat berhawa dingin, namun berbeza bagi seorang remaja berusia 19 tahun ini. Dia rela bergelumang dengan kotoran dan bau busuk demi sesuap nasi yang halal iaitu kerja di Alam Flora!
Zamri, nama yang kini menarik perhatian di media sosial, bukan calang-calang remaja. Walaupun baru setahun bekerja, dia sudah diberi kepercayaan sebagai sebahagian daripada pasukan khas pembersihan longkang.
Baca juga: Robot, AI & Anda… Ini 15 Peluang Kerjaya Baharu Paling LARIS Menjelang Tahun 2030!
PILIH KERJA DI ALAM FLORA CUCI LONGKANG, BUAT NETIZEN ‘RESPECT’!

Melalui video yang dimuat naik oleh Alam Flora Sdn Bhd di TikTok, Zamri mendedahkan rutin harian yang mencabar dilaluinya setiap hari bekerja seperti menyelusuri longkang sempit, gelap dan penuh dengan lumpur serta sisa buangan. Panas terik bukan penghalang, malah dia anggap semuanya sebagai latihan fizikal yang mencabar dan bermanfaat.
“Ada orang pelik bila saya pilih kerja macam ni. Tapi saya okay je… kerja ni aktif, saya suka,” kata Zamri dalam video tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati, Zamri mengikut jejak langkah ayahnya sendiri yang juga pernah berkhidmat di Alam Flora sebagai pemandu. Sokongan keluarga pula menjadi penguat semangat asalkan kerja itu halal, mereka reda dan bangga.
Kongsinya lagi, antara cabaran terbesar bagi Zamri adalah perlu ‘menyusup’ masuk ke ruang-ruang longkang yang sempit dan gelap, namun dia langsung tidak mengeluh. Bagi Zamri, kerja kotor ini sebenarnya penuh makna.
“Bukan semua orang sanggup buat kerja macam ni. Tapi saya rasa bangga sebab saya buat sesuatu yang orang lain tak mahu buat,” ujarnya lagi.
“CARA BERCAKAP MEMANG TERBAIK, BUDAK BIJAK”

Perkongsian tersebut telah mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata memuji ketabahan dan keberanian Zamri memilih kerjaya yang sering dipandang rendah oleh masyarakat. Malah ramai menganggap dia contoh anak muda berjiwa besar yang wajar dijadikan inspirasi kerana jelas dapat dilihat cara percakapannya sangat berkualiti dan bersemangat.
“Ya Allah bagusnya…kalau semua nak kerja dalam aircond siapa yang nak korek longkang macam ni kan? Semoga syurga dan Allah sebaik-baik balasan kepada adik ni,”– netizen.
“Cepat naik pangkat ni, cara public speaking dia terbaikk!”– netizen.
“Tahniah dik..syabas. Cara awak bercakap amat membanggakan dengan lontaran idea dan susunan ayat yang sangat matang. Keep up the good work. Keep flying high wahai adik…”– netizen.
@alamflorasdnbhd Kenali hero inspirasi kita kali ini, Zamri ❤️ Walaupun baru berumur 19 tahun, beliau sudah menggalas tanggungjawab dalam pasukan unit khas Alam Flora bagi cucian longkang. Apa yang lebih menyentuh hati, beliau mengikuti jejak langkah bapanya yang juga sebahagian daripada Alam Flora. Semangat anak muda ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk memulakan sesuatu yang bermakna. Terima kasih kerana menjadi inspirasi dalam diam dan hero di sebalik seragam. #jomrawatbumi #powerupgreenenergy #heroalamflora #dirtydifficultdangerous #enhancinglifeenrichingcommunities #fyp #masukberandafyp #foryou #trending #viral ♬ original sound – Alam Flora Sdn Bhd
Baca lagi: Ini 11 Jenis Pekerjaan Di Malaysia Yang Gajinya Rendah Tapi Kerja Melimpah Ruah, Tak Cukup!
Sumber: Tiktok @alamflorasdnbhd
