Euforia Bola 2026
Dapur

Elak Kena Tipu! Ini Cara Nak Bezakan Madu Asli & Madu Tiruan Yang Ada Di Pasaran

madu asli

Umum mengetahui bahawa madu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah, di zaman sekarang, madu juga sangat mudah untuk didapati sekarang lagi-lagi di pasar raya. Namun begitu, tidak semua yang dijual adalah 100% madu asli.

Bukan sahaja harga madu asli mahal, malah ramai yang turut menjual madu tiruan dan telah menyebabkan ramai orang tertipu kerana tidak mendapat khasiat yang tulen. Oleh itu, berikut merupakan cara untuk anda tahu adakah madu yang dibeli tersebut asli atau tidak.

Baca juga: Cara Buat Perahan Air Asam Jawa Dengan Betul, Barulah Dapat Yang Asli & Pekat!

CARA NAK BEZAKAN MADU ASLI DAN TIRUAN YANG DIJUAL

madu asli

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @darlina2020, wanita ini telah berkongsikan cara nak bezakan madu yang dibeli itu asli ataupun madu palsu. Caranya mudah saja iaitu:

1.Tuangkan sedikit madu ke atas pinggan yang rata. Campurkan dengan sedikit air.

2.Kemudian pusingkan pinggan mengikut arah jam atau lawan jam.

3.Jika madu tersebut asli, ia akan tenggelam dalam air dan berbentuk seakan menyerupai sarang lebah. Jika sebaliknya, madu tersebut mungkin madu tiruan yang telah dicampur dengan air dan gula.

Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa orang netizen yang turut berkongsikan cara lain untuk membezakan yang asli dan palsu. Caranya adalah, tuangkan madu ke atas sudu. Kemudian bakar sudu di bawah api lilin. Jika madu menjadi keras bermakna madu tersebut adalah madu campuran.

Salah satu cara lain adalah dengan meletakkan madu di dalam peti ais beku. Jika madu tidak mengeras bermakna ia adalah asli. Jika sebaliknya, ia merupakan madu palsu!

madu asli

 

*Barulah tak rugi!

Baca juga: Jom Buat Sos Steamboat Ala Sukiya, Boleh Makan Di Rumah & Tak Payah Beratur

Sumber: Tiktok @darlina2020

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×