Euforia Bola 2026
Didik

Pakar Dedah Taktik Scammer Akses Data Telefon, Hanya Guna Jemputan Kahwin Palsu

jenayah siber

Jenayah siber kini semakin berleluasa dengan taktik penipuan yang semakin licik, termasuk menggunakan fail palsu untuk mengakses data peribadi mangsa.

Baru-baru ini, seorang pakar keselamatan siber, Dr Arif Hakimi, mendedahkan bagaimana scammer berjaya menceroboh telefon bimbit hanya melalui satu fail yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Baca juga: 2 Individu Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Shah Alam Semasa Banjir, Baca Tips Keselamatan Elak Situasi Ini

PAKAR BONGKAR TEKNIK JENAYAH SIBER DILAKUKAN

jenayah siber

TikTok Dr Arif Hakimi.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, Dr Arif menjelaskan insiden tersebut berlaku selepas isterinya menerima satu jemputan majlis kahwin dalam bentuk fail PDF.

Namun, selepas diperiksa, fail itu sebenarnya merupakan fail jenis APK (Android Package Kit). Ia bukan fail dokumen seperti yang disangka, tetapi sebaliknya satu perisian yang mampu memasang aplikasi jahat ke dalam telefon.

“Jadi aku nak tunjuk dekat korang apa kandungan dalam fail APK tersebut dan macam mana scammer atau hecker ini dia akses kita punya telefon. Mari kita tengok macam mana dia buat,” katanya.

Bagi membuktikan bahaya fail tersebut, Dr Arif meminta isterinya memajukan (forward) mesej tersebut ke telefonnya.

Beliau kemudian mengekstrak kandungan fail APK itu menggunakan komputer dan menemui beberapa arahan mencurigakan (command) yang menunjukkan potensi besar fail itu untuk mengodam sistem peranti.

Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!

kad jemputan kahwin digital

TikTok Dr Arif Hakimi.

Antara akses yang boleh diberikan oleh fail tersebut termasuklah:

  • Membaca dan menerima mesej SMS dan MMS
  • Melihat rekod panggilan telefon
  • Mengakses aplikasi seperti WhatsApp, e-mel dan lain-lain
  • Mengaktifkan semula aplikasi secara automatik setiap kali telefon dihidupkan

Lebih membimbangkan, maklumat peribadi yang dicuri ini akan dikumpulkan dan dihantar terus kepada scammer melalui API aplikasi Telegram, satu kaedah pantas dan tersembunyi untuk menghantar data kepada pihak ketiga.

“Kemudian selepas dia dah ekstrak data daripada WhatsApp, e-mel, MMS, dia akan kumpulkan semua dan hantar kepada… Haa orang kata punca, di mana data dia kumpul tadi tu dia hantar kepada line ini kita panggil API (Application Programming Interface).

“API kepada telegram. Maksudnya hacker atau pun scammer tu dia menggunakan telegram untuk terima kita punya data melalui API ni,” jelasnya.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Ilmu Buat Perigi Mini, Tutorial A-Z Ada Dalam Ini!

jenayah siber

TikTok Dr Arif Hakimi.

Dr Arif turut menunjukkan bahawa data yang dikumpul termasuk jenis telefon, senarai kenalan, mesej peribadi dan senarai aplikasi dalam peranti.

Kesemua ini boleh digunakan oleh scammer untuk menyamar, mengambil alih akaun media sosial atau mengakses akaun bank mangsa.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima fail atau pautan dari nombor yang tidak dikenali, walaupun nampak seperti fail biasa seperti PDF atau dokumen rasmi.

Jangan sewenang-wenangnya klik atau muat turun tanpa memastikan keselamatan fail tersebut.

Situasi ini sekali lagi mengingatkan kita semua tentang betapa seriusnya ancaman jenayah siber dan pentingnya kesedaran dalam kalangan pengguna telefon pintar. Langkah berjaga-jaga boleh menyelamatkan data dan privasi anda daripada jatuh ke tangan penjenayah.

@dr.arif.hakimi

Hati hati, macam ni lah scammer atau hacker ambil data dalam phone. Video ni akan tunjuk modus operandi scammer menggunakan jemputan kad kahwin dan hantar file APK untuk mengambil data peribadi mangsa.

♬ original sound – Dr Arif – Dr Arif

Baca juga: Gusar ‘Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat, Juruterbang Beri Saranan Buat Langkah Ini!

Sumber: TikTok @dr.arif.hakimi

FT Image: TikTok @dr.arif.hakimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×