Tiga jemaah cilik tersenyum lebar menyambut Ramadan dengan basikal baharu yang dihadiahkan pengurusan Masjid Titian Berayun, Kijal di sini menerusi program ‘King of Subuh Warrior’.
Pengarah Program, Wan Mohd. Redzuan Mohd Kamar berkata, Muhammad Aiman Khaiyiza Mohammad Khairul Azan, 13; Muhammad Ukail Uwais Mohd Khairuddin, 13; dan Muhammad Zakir Hadi Mohd, 9, dinobatkan pemenang setelah konsisten menunaikan solat subuh berjemaah di masjid tersebut selama 40 hari berturut-turut.
Baca juga: Saintis Temukan Perbuatan Cium Anak Beri Impak Besar, Patutlah Suka Melekat Dengan Papa Mama!
JEMAAH CILIK SOLAT SUBUH 40 HARI BERTURUT-TURUT

Gambar Kosmo: Muhammad Zakir (kiri); Muhammad Aiman Khaiyiza (tengah) dan Muhammad Ukail Uwais menerima basikal masing-masing apabila dinobatkan pemenang program King of Subuh Warrior di Masjid Titian Berayun, Kijal, Kemaman Sabtu.
Program ‘King of Subuh Warrior’ tarik golongan muda ke masjid
Beliau berkata, mereka juga menerima hadiah iringan lain berupa piala, baucar penginapan, hamper dan sijil penghargaan.
“Program ‘King of Subuh Warrior’ dianjurkan bagi menarik golongan muda untuk mengunjungi masjid, sekali gus melatih mereka mencintai ibadah sejak kecil lagi.
“Sambutan diterima bagi program dianjurkan bermula akhir bulan Januari lalu mendapat sambutan memberangsangkan daripada remaja dan kanak-kanak kampung ini,” katanya di sini pada Ahad.
Baca juga: Bantu Rakan OKU Ikut Serta Merentas Desa, Murid Lelaki Tolak ‘Wheelchair’ Sambil Tersenyum!
Baca juga: Gara-Gara Terima Surat Cinta, Noah Anak Bujang Angkasawan Negara Tak Nak Pergi Sekolah!
Beri ganjaran sebagai perangsang

Gambar Sinar Harian: Mohd Redzuan (kiri) bersama bapa dan kanak-kanak yang turut memenangi hadiah pada program tersebut.
Wan Mohd. Redzuan berkata, hadiah basikal terbabit sebagai menghargai kesungguhan remaja dan kanak-kanak terbabit istiqamah menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.
Beliau berkata, ganjaran juga diberikan kepada peserta lain yang berjaya menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan selama 10, 20 dan 30 hari.
“Kami harap ia dapat menjadi perangsang kepada generasi muda untuk terus memakmurkan masjid terutama pada bulan Ramadan ini,” katanya.
Baca juga: Anak Cemerlang Dapat MRSM, Bapa Separa Buta Naik Grab Dari Jauh Demi Skim BUDI
Sumber: Kosmo
FT Image: Kosmo
