Euforia Bola 2026
Rakyat

MyKad Baharu Diperkenal, Ini Cara Kerajaan Jejak Pembelian Minyak Masak Subsidi

minyak masak subsidi

Minyak masak subsidi bakal melalui satu fasa baharu pemantauan, apabila kerajaan mengumumkan pengenalan MyKad versi terkini yang dilengkapi sistem kod QR, bermula 1 Jun ini.

Langkah itu dilihat sebagai usaha menambah baik kawalan pengagihan barangan bersubsidi agar benar-benar sampai kepada rakyat tempatan.

Baca juga: JHEAINS Tegas! Larang Guna Istilah ‘Buffet Ramadan’ Jika Tiada Sijil Halal, Elak Pengguna Muslim Keliru

MyKad BAHARU JEJAK PEMBELIAN MINYAK MASAK SUBSIDI

minyak masak subsidi

Gambar Jabatan Penerangan Malaysia: Armizan pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, penggunaan MyKad tersebut akan menjadi salah satu pilihan dalam proses pembelian minyak masak paket bersubsidi melalui Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau eCOSS.

Menurut beliau, sistem eCOSS yang menggunakan kod QR membolehkan setiap transaksi pembelian minyak masak paket direkodkan secara automatik dengan hanya mengimbas kad pengenalan yang mempunyai kod berkenaan.

“Aplikasi eCOSS menggunakan kod QR. Dengan hanya mengimbas kad pengenalan yang mempunyai kod itu, membolehkan pembelian minyak masak paket dimanfaatkan masyarakat kita,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengintegrasikan eCOSS dengan aplikasi lain yang berkaitan.

Baca juga: Buat Pemilik Kenderaan Usia Lebih 20 Tahun, Kerajaan Tawar RM2,000 Rebat ‘Trade-In’ Beli Kereta Baharu!

minyak masak subsidi

Gambar hiasan: Fail NSTP

Untuk mengekang pembelian minyak masak subsidi oleh warga asing

Tambah Armizan, pelaksanaan sistem ini juga bertujuan mengekang pembelian minyak masak subsidi oleh warga asing, selain memastikan ketelusan sepanjang rantaian pengedaran.

Beliau menjelaskan bahawa sistem eCOSS bukan sahaja melibatkan pengguna, malah turut mendaftarkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian bekalan minyak masak paket bersubsidi termasuk kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit.

Setiap transaksi jual beli akan direkodkan di semua peringkat, sekali gus membantu kerajaan memantau aliran pengagihan serta mengurangkan ketirisan subsidi yang sebelum ini sukar dikesan akibat ketiadaan data pembeli.

“Kita tidak ada data siapa yang membeli minyak masak paket ini. Jadi sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan aplikasi eCOSS, kita sudah ada data,” ujar beliau.

Armizan turut mendedahkan bahawa sejak pelaksanaan sistem tersebut bermula Mei 2025, sebanyak 25,361,432 paket minyak masak telah berjaya direkodkan melalui eCOSS.

Katanya, data yang dikumpulkan itu penting bagi membolehkan kerajaan merangka hala tuju program subsidi menggunakan pendekatan keputusan berasaskan data, terutama melibatkan implikasi kewangan yang besar.

“Itu matlamat kita untuk memastikan supaya subsidi dengan implikasi kewangan yang cukup besar ini dapat diteruskan dan benar-benar memanfaatkan rakyat,” jelas beliau lagi.

Baca juga: [TERKINI] PM Anwar Setuju TIADA Ujian Diagnostik Untuk Kemasukan Ke Darjah Satu

Sumber: Sinar Harian 

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×