Euforia Bola 2026
Dapur

Kerap Makan Oat Jadi Penyebab Wanita Ini Menggigil Satu Badan, Puncanya Risau Berat Badan Naik!

makanan sihat

Ramai yang berandaian makan makanan sihat boleh membuatkan tubuh berada dalam keadaan baik. Namun, ia boleh berlaku sebaliknya jika makanan sihat yang diambil tidak berdasarkan garisan yang betul.

Melalui perkongsian seorang jurulatih diet yang bernama Arif Sukri, terdapat satu kes daripada kliennya yang ditimpa masalah kesihatan biarpun mengamalkan pengambilan makanan sihat. Setelah disiasat, rupa-rupanya klien tersebut hanya mengambil oat sahaja setiap hari tanpa campuran nutrien lain.

Baca juga: Petua Hilang Letih Badan Paling BERKESAN, Masa Mandi Jirus Air Rebusan Ini!

PUNCA SAKIT MAKAN MAKANAN SIHAT

makanan sihat

Gambar: Arif Sukri

“Saya tak sangka…makan benda sihat pun boleh jatuh sakit”

Klien saya, wanita umur 35 tahun seorang cikgu. Dia masuk wad sebab pengsan masa dalam kelas. Badan dia menggigil, tekanan darah jatuh dan bacaan gula sangat rendah.

Masa doktor siasat, dia tak ada kencing manis. Tapi bila tengok jadual makan, baru semua faham.

Dia makan oat je dalam diet seharian. Pagi, tengah hari dan malam. Kadang campur susu low fat, kadang tak campur langsung.

Bila saya tanya kenapa, dia kata, “Sebab oat sihat. Saya takut makan nasi. Takut berat naik balik.” Allah. Allah.

Oat memang sihat. Tapi bila makan satu benda je setiap hari tanpa nutrisi lain, badan akan mula kosong dari dalam.

Betul. Oat rendah kalori, tinggi serat. Tapi tak cukup protein lengkap, tak cukup lemak baik, dan sangat rendah zat besi serta vitamin B.

Baca juga: Petua Orang Dulu Minum Air Pandan Tanpa Campur Bahan Lain, Boleh Kawal Gout & Diabetes!

Kesan makan oat sahaja tanpa makanan lain

Kalau makan oat je pada tiap kali waktu makan = badan akan mula alami hypoglycemia (gula rendah) dan micronutrient deficiency.

Mula alami keguguran rambut, sembelit kronik dan cepat penat. Otak rasa kabur. Tak boleh fokus ajar anak murid.

Dan yang lebih bahaya, darah dia jadi terlalu cair sebab tak cukup vitamin K dari sayur dan protein lengkap.

Saya tahu ramai yang struggle nak turunkan berat. Dan ramai rasa “kalau aku boleh konsisten dengan satu makanan je, mesti aku kurus punya.”

Tapi sebenarnya, itu bukan konsisten. Itu tekanan yang dihias dengan nama ‘diet’.

Baca juga: Petua Rawat BATUK KERING Gatal Merenyam, Guna 1 Bahan Rahsia Ini, Terus Batuk Hilang!

Kurus yang sihat adalah dari gabungan cukup nutrien 

Kurus yang sihat bukan tentang satu makanan ajaib. Tapi gabungan nutrien cukup, timing betul, dan kasih sayang pada diri sendiri.

Kalau badan diberi satu benda je setiap hari, lama-lama dia akan berhenti melawan.

Kawan-kawan. Tolong ya, jangan jadikan oat itu kewajipan mutlak. Kita masih perlukan nasi, lauk, minyak, sayur dan buah untuk hidup. Variasi makanan yang lain.

Kalau awak dah lama buat benda ni dan rasa badan makin pelik, cepat-cepatlah sedar. On track untuk kembali kepada diet yang lebih fleksibel dan sederhana.

Arif Sukri, Coach Diet Tanpa Stres.

Baca juga: Lepas Seminggu Tak Kebah, Lelaki Cuba Petua Surutkan Demam Virus & Ternyata Berkesan!

Sumber: Facebook Arif Sukri

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×