Tular sebuah video apabila pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Pontian–Benut, Pontian, Johor dikejutkan dengan penemuan mengerikan apabila menemui janin cukup sifat di dalam mangkuk tandas premis tersebut pada pagi Jumaat.
Kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi apabila seorang kakitangan yang sedang melakukan pemeriksaan rutin telah menemui janin jantina perempuan berkenaan di tandas berhampiran pam minyak. Penemuan itu segera dilaporkan kepada pihak polis.
Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Beg Berisi Bayi Perempuan Bertali Pusat, Muka Dah Bengkak Digigit Nyamuk…
JANIN CUKUP SIFAT DIBUANG DALAM LUBANG TANDAS

Foto: Ketika proses mengeluarkan janin dari pihak bomba.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib memaklumkan bahawa janin tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Berdasarkan hantaran yang tular itu, sepasang lelaki dan wanita yang dipercayai ibu bapa kepada janin tersebut dilihat memasuki premis itu sebelum kejadian. Mereka difahamkan sempat membeli tuala wanita untuk ‘menyembunyikan’ perbuatan mereka di kaunter sebelum menuju ke tandas.
“Buang anak dekat BHP Pontian. Mak bapa masuk dalam siap belikan pad untuk anak,” tulis kapsyen pada video rakaman CCTV itu.
“Ya ALLAH, kasihan. Penemuan satu janin bayi perempuan di dalam mangkuk tandas di BHP Api Api Jalan Pontian, Benut pukul 9.40 pagi tadi. Janin telah dikeluarkan oleh sepasukan bomba dari BBP Pontian. Kes diserahkan kepada forensik polis untuk tindakan lanjut,” kongsinya di media sosial.
NETIZEN SEDIH TAPI MARAH!

Rakaman CCTV.
Video berdurasi 1 minit 8 saat tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan perhatian warga maya, dengan ramai yang meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap kejadian yang berlaku.
“Allahuakbar…kesiannya ya Allah… binatang pun tau la sayang anak dia.. kalau tak nak pun boleh beritahu dan bagi orang..”– netizen.
Polis mengatakan bahawa siasatan awal dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk menutup kelahiran anak.
Tambah beliau, hasil siasatan telah membawa kepada pengecaman seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut. Suspek kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Polis juga menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Wan Nor Ismaliza Wan Ismail di talian 016-208 9835.
Sumber: Sinar Harian, Md Nur Erwan
