Euforia Bola 2026
Asuh

Janin Bayi Ditemui Dalam Lori Sampah, Penduduk Terkejut Lihat Penemuan Tragis Seperti Dalam Video Tular

janin bayi

Di saat rakyat masih bergelut dengan pelbagai cabaran kehidupan, satu berita menyayat hati pula menggemparkan penduduk Bukit Jalil semalam (12 Disember). Penemuan janin bayi dalam sebuah lori sampah bukan sahaja mengejutkan, malah menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Insiden tragis itu kini dalam siasatan polis, dan orang ramai diminta tampil membantu bagi merungkai misteri di sebalik kejadian memilukan ini.

Baca lagi: “Anak Syurga Kami”- Detik Cemas Bertukar Tragedi, Bayi Dilahirkan Songsang Meninggal Dunia Di Bilik Air

JANIN BAYI DITEMUI DALAM TIMBUNAN SAMPAH

janin bayi

Foto: Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan pada jam 12.51 tengah hari daripada seorang lelaki tempatan.

Kata beliau, laporan tersebut dibuat selepas pekerja lelaki berkenaan terlihat janin bayi ketika memunggah sampah ke dalam lori di kawasan berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Pihak polis kini sedang mengumpul segala maklumat berhubung insiden itu. Mana-mana individu yang mengetahui atau terlihat sesuatu yang mencurigakan digesa tampil membantu siasatan. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui:

  • Hotline Polis Kuala Lumpur: 03-2115 9999
  • Hotline IPD Cheras: 03-9284 5050
  • Pegawai Penyiasat, Inspektor Elfi: 011-1004 8773
  • Atau mana-mana balai polis berhampiran

Video Tular Cetus Kebimbangan

janin bayi

Foto hiasan: JKR Daerah Sepang

Sebelum itu, tular dua video berdurasi lapan dan 14 saat di media sosial yang memaparkan objek dipercayai jasad bayi berada di dalam timbunan sampah dalam sebuah lori. Rakaman tersebut pantas menarik perhatian warganet dan mencetuskan pelbagai reaksi sedih serta tanda tanya mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Polis kini sedang mengenal pasti punca kejadian dan pihak terlibat. Semoga siasatan dapat dirungkai segera dan keadilan dapat ditegakkan supaya tidak ada lagi nyawa yang suci terkorban dalam cara sebegini.

Baca juga: “Anak Syurga Saya Lahir Tanpa Jari” – Kisah Ibu Reda Diuji Dengan Bayi ‘Robert Syndrome’ Sentuh Hati Ramai

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×