Euforia Bola 2026
Famili

Tadika Anak Tenggelam Banjir Terpaksa Batal Jamuan Raya, Jenuh Habiskan Makanan Sampai Malam!

jamuan hari raya

Keterujaan seorang ibu bersama anaknya untuk meraikan jamuan Hari Raya di tadika terpaksa dilupakan kerana dibatalkan pada saat akhir atas peristiwa yang tidak terduga.

“Raya tak jadi…huhu,” tulis seorang wanita yang dikenali sebagai Hidayah di ruangan kapsyen videonya di TikTok.

Baca juga: Bilik Solat Rumah Mangsa Putra Heights Tak Terbakar, Waris Kongsi Amalan Tuan Rumah, Allahuakbar!

JAMUAN HARI RAYA TADIKA ANAK TERPAKSA DIBATALKAN

jamuan hari raya

Juadaha raya disediakan Hidayah

Hidayah menjelaskan, majlis jamuan berkenaan tidak dapat diteruskan kerana tadika anaknya ditutup akibat banjir.

Hujan dari tengah malam sebelum hari kejadian telah menyebabkan sekolah dilanda banjir pada keesokannya.

“Menu ‘potluck’ jamuan anak tadika hari ini. Anak dah excited nak raya. Kita bangun awal masak tau, tapi…

“Hujan dari tengah malam, sampai sekolah dah masuk air. Banyak tempat juga banjir. Jadi, acara dibatalkan, sekolah tutup. Begitulah…” jelasnya di dalam hantarannya tersebut.

Baca juga: Dulu Beli RM2,314 Sekarang Jual Jadi RM16 Ribu Untung, Wanita Tergamam Lepas Jual Balik Emas Lama!

jamuan hari raya

Situasi banjir di tadika anak Hidayah.

Menurutnya lagi, dua jenis hidangan iaitu ayam dan macaroni goreng yang disediakannya itu dihabiskan sendiri bersama keluarga dari pagi sampai malam.

Selain itu, bagi mengelakkan pembaziran, dia juga menyedekahkan kepada jiran-jiran.

“Kita orang makanlah dari pagi sampai malam, tak payah masak. Separuh dah bagi jiran,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, wanita itu tidak menyatakan di mana lokasi tadika anaknya.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 19 ribu jumlah tontonan dan dibanjiri dengan komen daripada warga maya.

@

♬ –

Baca juga: Sempena Lawatan Presiden China, 17 Laluan Di Lembah Klang & Putrajaya Ditutup Mulai Esok!

Sumber: TikTok @hidayahmnor

FT Image: TikTok @hidayahmnor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×