Euforia Bola 2026
Percutian

Meremang Bulu Roma Bila Lalu 10 Jalan Ini Di Malaysia, Kalau Tak Kental Jangan ‘Drive’ Seorang

jalan raya di malaysia

Jalan raya di Malaysia sering kali dikaitkan dengan kisah-kisah seram dan bahaya sehingga mengakibatkan kemalangan maut di kawasan tersebut.

Selain itu, terdapat juga laluan yang sering dilanda tanah runtuh, jalan licin akibat hujan lebat, dan kehadiran haiwan liar seperti gajah.

Baca juga: Hajat Nak Kencing Tak ‘Berjaya’, Kanak-Kanak 6 Tahun Dipatuk Ular Sawa Dalam Mangkuk Tandas

JALAN RAYA DI MALAYSIA PALING BAHAYA/SERAM

JALAN RAYA DI MALAYSIA

Freepik

Jadi, berikut penulis kongsikan 10 jalan raya di Malaysia yang dikatakan bahaya dan seram jika bersendirian.

1. Jalan Mersing – Endau – Rompin

– Jalan ini melalui kawasan hutan tebal dan kurang pencahayaan pada waktu malam.

– Kerap berlaku kemalangan akibat selekoh tajam dan keadaan permukaan jalan yang tidak rata.

– Kisah mistik juga sering dikaitkan di jalan Mersing – Endau, Rompin terutamanya pada waktu malam.

2.  Jalan Lebu – Bentong

– Jalan lama yang terkenal dengan selekoh tajam dan berbukit.

– Banyak lori dan kenderaan berat menggunakannya di mana sekali gus akan meningkatkan risiko kemalangan.

– Pada waktu malam, suasana sunyi dan berkabus menambahkan unsur seram.

– Pernah mencatatkan kes kemalangan maut yang tinggi.

3. Jalan raya di Malaysia – Jalan Kota Kinabalu – Kundasang

– Laluan utama menuju ke kawasan tanah tinggi Kundasang sering berkabus tebal.

– Keadaan jalan berselekoh dengan tebing curam di beberapa bahagian menjadikannya lebih bahaya berbanding jalan lain.

– Pernah berlaku kejadian tanah runtuh yang menghalang laluan kiri dan kanan.

4.  Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands

JALAN RAYA DI MALAYSIA

Kosmo

– Jalan ini sering digunakan untuk ke Cameron Highlands tetapi terlalu banyak kemalangan maut yang berlaku.

– Banyak selekoh tajam dengan tebing tinggi dan cerun curam menyebabkan bas serta lori terbabas.

– Risiko berlakunya tanah runtuh tinggi, terutamanya pada musim hujan.

5. Jalan Gerik – Jeli (Jalan Timur-Barat)

– Terkenal dengan ‘kehadiran’ haiwan liar iaitu gajah di tengah jalan yang menghalang kenderaan.

– Suasana sunyi dan berkabus tebal menjadikan pemanduan lebih mencabar.

– Selekoh tajam dan tiada pencahayaan yang bagus pada waktu malam.

6. Jalan Bukit Putus – Negeri Sembilan

– Jalan lama Bukit Putus sempit dan mempunyai banyak selekoh tajam.

– Sering dikaitkan dengan kisah seram dan kejadian mistik.

– Kini terdapat jalan baru yang lebih selamat tetapi jalan lama masih digunakan oleh sesetengah orang.

7. Jalan Kimanis – Keningau

– Salah satu jalan paling curam di Malaysia dengan kecerunan hampir 25%.

– Banyak kenderaan berat mengalami kesukaran ketika turun bukit dan kadangkala mengalami masalah brek.

– Keadaan berkabus di sesetengah bahagian menjejaskan penglihatan pemandu.

8. Jalan Gua Musang – Lojing

– Jalan ini menghubungkan Kelantan ke Cameron Highlands dan terkenal dengan selekoh tajam serta gaung di tepi jalan.

– Tanah runtuh sering berlaku, menyebabkan jalan licin dan berbahaya.

– Suasana sunyi dan kurang lampu jalan pada waktu malam menambah unsur seram.

9. Jalan Tapah – Cameron Highlands

– Jalan ini lebih lama berbanding Simpang Pulai – Cameron, dan terkenal dengan selekoh tajam serta laluan berbukit.

– Sering berlaku kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.

– Banyak kisah seram dikaitkan dengan laluan ini, terutama melibatkan pemandu yang mendakwa terlihat kelibat misteri.

10. Lebuhraya Karak – Pahang

– Antara lebuh raya paling terkenal dengan kisah seram dan kejadian kemalangan.

– Banyak selekoh tajam, ditambah dengan kawasan berkabus terutama di Genting Highlands.

– Kejadian kemalangan maut sering dikaitkan dengan gangguan mistik oleh pengguna jalan raya.

Pemandu dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika melalui 10 jalan raya di Malaysia yang disenaraikan di atas terutama ketika memandu pada waktu malam.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Berang Kereta Kena Langgar, Terus Tolak Kepala Pakcik Sampai Kopiah Tercampak!

Sumber: TikTok Mohd Shukor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×