Ramai dalam kalangan wanita hari ini terfikir untuk berhenti kerja dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa kerana mahu fokus jaga anak, urus rumah tangga, dan beri sepenuh perhatian pada keluarga. Tapi keputusan ini bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan persediaan mental, fizikal, kewangan, dan juga sokongan penuh dari suami.
Oleh kerana itulah, sebelum anda buat keputusan besar ini, kena semak dahulu beberapa perkara penting untuk anda fikirkan. Bersedia atau tidak untuk menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa?
Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah
DAH BERSEDIA NAK ‘RESIGN’ & JADI SURI RUMAH TANGGA SEPENUH MASA? FIKIR INI DULU…

Foto: freepik
1. Betul Ke Nak Jadi Suri Rumah?
Tanya diri sendiri “Adakah anda benar-benar bersedia tinggalkan kerja, pangkat dan gaji?”. Jangan berhenti kerja sebab ikut trend atau sebab tidak suka bos. Perkara pertama yang boleh dibuat adalah solat istikharah untuk minta petunjuk dari Allah. Kalau selepas itu masih rasa yakin, boleh teruskan ke langkah seterusnya.
2. Dapatkan Restu Suami
Sebagai seorang isteri yang solehah, mendapatkan restu suami adalah sangat penting. Jangan buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan pasangan kerana redha suami membawa berkat. Dah dapat restu? Terus ke langkah ketiga.
3. Suami Mampu Tanggung Keluarga Tak?
Sebelum berhenti kerja, lihat dan kaji semula bajet keluarga. Kira semua perbelanjaan bulanan seperti hutang, bil, makanan, anak-anak, simpanan dan pastikan suami mampu tanggung semua. Kalau belum mampu, mungkin belum masanya anda berhenti kerja.
4. Mula Menyimpan
Dah bagi notis nak berhenti kerja? Simpan semua gaji dalam tempoh notis (1–3 bulan) dan jangan guna langsung. Ini latihan untuk lihat kalau keluarga boleh survive tanpa gaji anda. Duit simpanan ini penting untuk kecemasan.
5. Bersedia Hidup Tanpa Gaji
Bila sudah berhenti kerja, tidak ada lagi duit masuk ke akaun sendiri. Kalau gaji suami cukup-cukup, lupakan gaya hidup mewah dan anda kena pandai kawal nafsu beli-belah. Fokus pada keperluan, bukan kehendak.
6. Kuatkan Mental
Paling perlu bersedia dari segi mental adalah mendengar macam-macam persoalan dari keluarga dan orang sekeliling. Jangan mudah terpengaruh kerana yang penting suami merestui. Pegang teguh keputusan yang dah dibuat bersama pasangan.
7. Fizikal Kena Kuat
Jadi suri rumah bukanlah kerja yang mudah. Hal ini kerana, penat jaga anak lain daripada penat kerja pejabat kerana sakit pun kena terus buat kerja. Tiada MC.
8. Buat Side Income
Sebenarnya anda boleh cari pendapatan sampingan dari rumah. Banyak kerja boleh buat ikut minat seperti baking, menjahit, tuisyen, mengaji, bisnes dalam talian. Tapi ingat, kena pandai bahagikan masa antara rumah dan kerja sampingan.
9. Peranan Suami Sangat Penting
Sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa, sokongan suami sangat diperlukan. Bila penat, suami tolong kemas atau beli makanan dan sama-sama pikul tanggungjawab rumah tangga. Suami yang memahami akan mudahkan perjalanan jadi suri rumah.

Foto: Freepik
*Jadi, sudah bersedia atau tidak nak jadi suri rumah?
Baca juga: 5 Jenama Emas Terbaik & Dipercayai Di Malaysia Untuk Simpanan Jangka Panjang, Berbaloi Beli!
Sumber: Telekungpink, Marriage.com
