Ketika melancong, menjaga keperluan ibadah adalah satu perkara penting bagi setiap Muslim agar tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah, walaupun berada jauh dari rumah.
Walaupun suasana dan rutin harian berubah, ibadah tetap perlu diteruskan dengan penuh tertib dan khusyuk.
Baca juga: 5 Tempat ‘Shopping’ TERMURAH Di Malaysia, Harga Kaw Kaw & Pelancong Wajib Singgah!
11 ITEM KEPERLUAN IBADAH PERGI BERCUTI

Gambar AI.
Oleh itu, membuat persiapan dengan membawa barang keperluan ibadah yang sesuai dan praktikal sangat membantu untuk memudahkan urusan solat, wuduk, zikir dan kebersihan diri di mana sahaja destinasi dituju.
Berikut merupakan senarai barang keperluan ibadah untuk anda sediakan sebelum pergi bercuti atau berjalan.
1. Mini telekung & kain pelikat
- Mini telekung direka ringkas, ringan dan mudah dilipat, sesuai untuk wanita solat di mana-mana tempat dengan selesa dan terjaga aurat.
- Kain pelikat pula penting untuk lelaki sebagai pengganti seluar ketika solat atau berwuduk yang mudah dikemas dan pelbagai fungsi.
2. Sejadah Kecil
- Sejadah bersaiz kecil dan ringan ini sangat praktikal untuk solat di lapangan terbang, taman, stesen minyak atau mana-mana ruang awam.
- Biasanya sejadah travel diperbuat daripada material nipis yang mudah kering dan cepat dilipat.
3. Aplikasi arah kiblat
- Aplikasi atau alat kompas kiblat membantu menentukan arah solat terutama ketika berada di luar negara atau tempat yang tidak diketahui arah kiblat.
- Kebanyakan aplikasi hari ini juga boleh digunakan secara offline.
4. Aplikasi agama (Waktu Solat, Al-Quran Digital, Doa Harian)
- Memudahkan pengguna menyemak waktu solat yang berbeza ikut zon masa dan negara.
- Aplikasi seperti Muslim Pro, QalbyApp atau iQuran menyediakan bacaan Quran digital, terjemahan, serta zikir dan doa harian.
5. Sarung tangan & stokin
- Bagi wanita, sarung tangan dan stokin membantu menutup aurat dengan sempurna ketika solat terutama jika memakai pakaian lengan pendek atau seluar paras buku lali.
- Ia juga melindungi ketika cuaca sejuk.
Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Pas OKU SMILE Buat Anaknya, ‘Travel’ Percuma Semua Pengangkutan Awam!

Gambar AI
6. Tikar alas
- Tikar kecil atau alas kalis air boleh digunakan untuk solat di atas tanah, pasir, rumput atau tempat yang kotor.
- Juga berguna untuk berkelah, berehat atau bersantai dalam perjalanan.
7. Pakaian bersih
- Bawa pakaian longgar dan bersih yang sesuai untuk bersolat.
- Elakkan pakaian ketat atau tidak menyerap peluh agar ibadah lebih selesa.
8. Seluar dalam pakai buang & tuala wanita
- Memudahkan pengurusan kebersihan ketika travel jauh atau sukar dapat tempat mencuci.
- Membantu kekal bersih dan segar sepanjang hari, terutama wanita ketika haid hampir selesai.
9. Tasbih digital
- Memudahkan berzikir dalam kenderaan, di bilik hotel atau ketika rehat.
- Ringan dan kecil, boleh digantung di jari atau beg tangan.
10. Tisu basah & penanggal solekan
- Tisu basah membantu membersihkan anggota badan sebelum wuduk, terutama jika tiada air bersih.
- Penanggal solekan pula penting untuk wanita yang ingin bersihkan wajah sebelum mengambil wuduk atau solat.
11. Botol semburan
- Botol semburan kecil untuk mengambil wuduk secara mudah dan jimat air, sesuai untuk tempat awam atau dalam penerbangan.
- Membolehkan wuduk sempurna, meskipun dalam keadaan terhad air atau ruang.
Itu sahaja senarai barang keperluan ibadah yang perlu dibawa ketika anda pergi bercuti. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Gusar ‘Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat, Juruterbang Beri Saranan Buat Langkah Ini!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: Elak Maraton Di KLIA! Ini Panduan ‘1st Time’ Naik Kapal Terbang, Ada 10 Proses Sebelum Berlepas
Sumber: e-Central
FT Image: AI
