Dalam satu hantaran semalam, pendedahan Aishah Came di Facebook menarik perhatian ramai apabila wanita ini berkongsi pengalaman sendiri mengurus isu angin, gastrik dan refluks yang makin meruncing sehingga menjejaskan rutin harian.
Perkongsian itu turut memperincikan sembilan jenis makanan yang dihentikan sepenuhnya selama enam bulan demi memulihkan semula sistem penghadamannya.
Baca juga: Kulit Gatal Lepas Berkebun? Petik Saja Daun Senduduk, Sabun Semula jadi Ini Bantu Hilangkan Miang!
CARA MENGURUSKAN ISU ANGIN, GASTRIK & REFLUKS DALAM BADAN

Gambar Aishah Came
Aishah menjelaskan bahawa pada peringkat awal, dia sedar dirinya lebih banyak mengambil makanan ringan berbanding nutrisi sebenar sehingga “menzalimi diri” tanpa disedari. Hal itu membawa kepada keadaan kesihatan yang semakin merosot, termasuk ketakutan untuk makan akibat simptom yang kerap berulang.
Dia menulis bahawa kini keadaan lebih baik, namun masih memilih untuk mengelakkan beberapa makanan tertentu demi mengekalkan kesihatan. Katanya, “Alhamdulillah diizinkan untuk sihat kembali. Tidak mudah, tetapi ada harapan untuk membalikkan isu kesihatan.”
Aishah turut menambah, sesiapa yang masih mengalami angin atau tanda keradangan mungkin sedang mengamalkan makanan yang sama tanpa sedar.
Jika tidak dikawal, dia mengingatkan kemungkinan berlaku “krisis penyakit” yang menyebabkan lebih banyak makanan perlu dielakkan pada masa depan.
Berikut ialah 9 jenis makanan yang Aishah Came hentikan sepanjang enam bulan untuk mengurus isu angin, gastrik dan refluks:
1. Ikan tinggi Histamin

Gambar hiasan desasegar.com.my.
Ikan secara umum tidak bermasalah, tetapi beberapa jenis ini lebih cenderung menyebabkan isu angin dan keradangan:
- Bawal hitam
- Pari
- Kembung
- Cencaru
- Tongkol
Aishah turut mengelakkan makanan sejuk beku seperti ikan, daging atau apa-apa haiwan yang dibekukan terlebih dahulu.
2. Makanan dalam tin
Makanan bertin biasanya mengandungi:
- Pengawet
- Penstabil
- Perisa
- Pelbagai bahan tambahan lain yang boleh menganggu pemulihan sistem gastrousus
Aishah menyatakan hingga hari ini, makanan jenis ini masih dielakkan sepenuhnya.
3. Mi Segera
Terutamanya yang dimakan pada lewat malam. Masalah yang dikenal pasti:
- Kanji degil yang sukar dicerna, lebih-lebih lagi jika perut sudah bermasalah
- Mungkin mengandungi bahan perisa dan pengawet
4. Sos, mayonis dan kicap
Antara bahan yang mungkin terkandung:
- Gula
- Pengawet
- Bahan perisa
- Lemak trans
- Bahan tambahan lain
5. Jus buah-buahan
Mempunyai risiko berikut:
- Tinggi gula
- Mungkin mengandungi pengawet atau penstabil
Aishah mengingatkan bahawa membuat jus buah segar juga tidak sesuai diamalkan terlalu kerap.
6. Biskut

Gambar hiasan Maslee Express.
Masalah utama dalam biskut termasuk:
- Lemak trans
- Gluten
- Gula
Daripada tabiat kudapan harian, dia menukar kepada tiada kudapan langsung.
7. Minuman bancuhan
Termasuk kopi, teh dan minuman oat segera. Risiko kandungan:
- Gula
- Kemungkinan mengandungi unsur GMO
- Lemak trans
- Bahan tambahan lain
8. Keropok atau jajan
Kebiasaannya mengandungi:
- Lemak trans
- Gluten
- Perisa atau pewarna
- Pelbagai bahan tambahan
9. Roti krim dan roti biasa
Berpotensi menimbulkan masalah kerana:
- Mengandungi gluten
- Ada yang ditambah gula
- Sesetengah mempunyai perisa atau pewarna tiruan
Akhir sekali, Aishah menegaskan bahawa senarai ini bukan bertujuan menghalang orang lain menikmati makanan, tetapi sebagai panduan berdasarkan apa yang dilaluinya sendiri.
Dia percaya setiap orang boleh kembali sihat dengan memahami tubuh masing-masing dan berani membuat perubahan kecil tetapi konsisten.
Baca juga: Akak Farmasi Saran Guna Spray Hidung Ini Bila Anak Bersin Tak Henti, Terus Tak Jadi Selesema!
Sumber: Aishah Came
FT Image: Google
