Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Lupa Dah ‘Drive’ 300KM Baru Tersedar, Alahai…Isterinya Tertinggal Di Stesen Minyak!

stesen minyak

Seorang lelaki berusia 62 tahun berdepan situasi panik selepas menyedari isterinya telah tertinggal di sebuah stesen minyak.  Menurut sumber, ketika itu mereka dalam perjalanan percutian bersama keluarga.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi, 5 Julai lalu, ketika mereka berhenti di beberapa hentian rehat untuk mengisi minyak dan berehat seketika.

Baca juga: Kongsi Cara Mandikan Ibu Terlantar Di Atas Katil, Anak Mithali Ini Beri Ilmu Berguna Kepada Masyarakat!

ISTERI TERTINGGAL DI STESEN MINYAK

stesen minyak

Gambar AI

Tanpa menyedari isterinya belum masuk semula ke dalam kereta, lelaki tersebut terus memandu sejauh lebih 300 kilometer bersama anak perempuan mereka yang sedang tidur di tempat duduk belakang.

Lelaki terbabit hanya menyedari kehilangan itu kira-kira empat jam kemudian.

Dalam keadaan panik dan bingung, dia segera menghubungi pihak kecemasan dan memaklumkan bahawa dia telah meninggalkan isterinya, tetapi langsung tidak tahu di mana dan bila ia berlaku.

Baca juga: Pilihan Sambung Belajar Lepas SPM Bukan Mudah, Tapi Nasihat Ibu Ini Mungkin Buka Mata Anda

Jurucakap Gendarmerie di wilayah Lardes menyatakan, panggilan tersebut diterima sekitar jam 8.30 pagi dan mencetuskan pencarian besar-besaran. Namun, maklumat samar membuatkan usaha mencari menjadi lebih mencabar.

Lebih membingungkan, anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun juga gagal membantu kerana dia tidur sepanjang perjalanan dan tidak menyedari ibunya tidak ada di dalam kereta.

Pihak polis memeriksa beberapa stesen minyak dan kawasan rehat di sepanjang laluan lebuh raya, malah sempat mempertimbangkan kemungkinan isteri itu ditinggalkan secara sengaja.

Baca juga: Guru Layak RM100 Baucar Buku Tapi Ramai Tak ‘Claim’? Bukan Susah Pun Nak Buat, Ikuti Panduan Ini!

Namun, kebenaran terbongkar selepas siasatan lanjut dilakukan dengan bantuan syarikat telekomunikasi yang berjaya menjejak lokasi telefon bimbit wanita tersebut.

Si isteri akhirnya ditemui di sebuah stesen minyak di kawasan Deux-Sèvres merupakan lokasi dia setia menunggu sejak awal pagi, berharap suaminya akan berpatah balik.

Hasil siasatan mengesahkan lelaki berkenaan benar-benar terlupa dan tidak berniat meninggalkan isterinya. Selepas disatukan semula, keluarga tersebut dibenarkan meneruskan perjalanan mereka ke Maghribi.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Perancis, yang ketika itu mereka berdua sedang dalam perjalanan dari Paris ke Maghribi.

Baca juga: Hubungan Kelamin Ternyata Terapi Kemurungan, Disaran Buat Sekali Seminggu, Tapi 2 Kali Lebih Afdal!

Sumber: Oddity Central

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×