Sara hidup keluarga bukan lagi tanggungjawab mutlak seorang lelaki pada zaman ini. Ramai wanita kini memikul peranan besar dalam memastikan keluarga terus selesa dan cukup serba serbi, walaupun kadangkala melebihi batas keupayaan diri sendiri.
Dalam satu perkongsian menyentuh hati di Facebook, Farizal Radzali menulis tentang wujudnya golongan isteri yang menjadi ‘provider’.
Baca juga: Wanita Ini Nampak Serba-Serbi Sempurna & Rajin Sediakan Bekal, Tapi Suaminya Pilih Untuk CURANG!
KENALI ISTERI ‘PROVIDER’ YANG SARA HIDUP KELUARGA

Gambar AI
Di mana, wanita yang bukan saja bekerja keras mencari rezeki tetapi turut melengkapkan kekurangan, merancang kehidupan dan menjaga kebahagiaan seisi rumah tanpa sebarang keluhan.
Ikuti perkongsiannya dengan lebih lanjut di bawah.
Isteri ‘provider’ ini memang wujud ya. Tambahan, di zaman di mana wanita berpendidikan lebih tinggi dari lelaki. Kalau anda rasa tiada, bermakna lingkungan kehidupan anda belum mampu berjumpa dengan orang-orang sebegini.
Isteri ‘provider’ ini, dia jenis tak kisah dia susah, asalkan semua dalam keluarganya bahagia dan dapat hidup selesa.
- Suami mampu sewa rumah, dia tolong beli rumah sendiri dan top-up yang mana suami tak cukup.
- Suami mampu beli beras, dia top-up tolong beli lauk.
- Suami mampu jalan-jalan dekat taman permainan, dia top-up pergi percutian.
Isteri ‘provider’ ini biasanya jarang merungut. Jarang minta itu ini dari suami, jarang nak merajuk sebab dia terdidik dengan sifat berdikari. Secara tak langsung, ada sedikit sifat lelaki dalam dirinya.
Isteri ‘provider’ ini…
- Dia bekerja bantu suami akan perkara-perkara diluar nafkah wajib. Contohnya, persekolahan anak-anak, belanja mak ayah dan percutian keluarga.
- Dia memasak, bangun awal subuh, masak untuk suami, anak-anak dan dirinya sdiri. Jaranglah keluarganya makan makanan luar.
- Dia buat kerja rumah, basuh baju, basuh pinggan, sapu sampah dan yang seangkatan dengannya yang dibuat oleh para-para isteri lain.
- Dia duduk di sisi anak-anak ketika diperlukan, dia beri tunjuk ajar pada anak-anak, dia jadi guru anak-anak, silap hari bulan dia tolong buat kerja sekolah anak.
- Dia rancang percutian keluarga, dia keluar duit semua, dia booking hotel, bawak keluarga makan-makan.
- Dia beli apa yang dia nak tanpa minta dari suaminya. Lepas beli, dia tunjuk juga dekat suaminya.
- Dia tak kisah kalau suaminya bagi duit tak cukup pada bulan-bulan tertentu sebab ada komitmen lain seperti cukai jalan, bayar cukai tanah rumah dan selainnya.
Baca juga: Isteri Obses Hidu Nafas Suami Wangi Macam Bayi Bila Bangun Tidur, Bikin Orang Lain Cemburu!
Isteri ‘provider’ ini adakala mampu membimbing suaminya. Ada lelaki yang membesar dengan sifat kurang baik, tak solat, tak puasa dan kurang ajar.
Tapi atas bimbingan dan kasih sayang isteri ‘provider’ ini, dia berubah menjadi lebih baik. Mampu jadi imam, bercakap dengan lembut dan sopan.
Ramai memandang isteri ‘provider’ ini sebagai isteri yang angkuh, yang tak dengar cakap suami, yang berlagak sombong dan yang ditakuti suami.
Tapi ramai yang tak nampak, tak semua isteri ‘provider’ ini bersifat demikian.
Mereka buat segala tugas dan tanggungjawab seorang isteri dan sebahagian tugas suami tanpa rungutan. Dia cuma nak bahagia dan setia.
Malangnya ramai yang tak menghargai. Masih mencari yang lain untuk kesempurnaan walau diri tak mampu.
Baca juga: “Isteri Marah Nak Peluk, Bukan Talak” Aliff Syukri Bagi Nasihat Rumah Tangga, Ramai Yang Setuju!
Pesanan kepada suami yang memiliki isteri ‘provider’
Kepada para suami yang dianugerahkan isteri ‘provider’, jangan ambil kesempatan. Jangan buat tak peduli. Jangan anggap dia sentiasa okay.
Kerana dia juga manusia, dia tetap seorang wanita. Dia tetap ada masa lelahnya. Dia ada sifat seorang wanita yang ingin dipeluk, disentuh dan disapa dengan baik.
Cukuplah sekadar ungkapan
- “Awak ok?”
- “Terima kasih sayang”
- “Awak nak makan apa-apa tak, saya belikan”
Bila dia diam tak seceria selalu, dekatilah dia. Urut bahunya. Cium pipinya. Jangan biarkan dia mengubati lelahnya sdiri. Dia takkan meminta sebab dia dah biasa memberi hingga dia lupa bagaimana nak meminta.
Isteri ‘provider’ ini, kalau dah dapat, jagalah sebaiknya. Dikala dia dah penat, sampai masa, dia akan pergi. Pergi takkan kembali. Dan masa itu, baru rasa betapa sukarnya hidup tanpa dia kerana dia telah menyediakan segalanya.
Sumber: Farizal Radzali
FT Image: AI
