Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Isteri Mualaf Nekad Murtad, Luah Menyesal Kahwin Dengan Suami Kerana Selalu Dilayan Buruk

MUALAF KELUAR ISLAM

Menerusi perkongsian di laman Tiktok, seorang wanita mualaf keluar Islam kerana mengalami tekanan hidup selepas ditinggalkan oleh suaminya.

Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan trauma selepas ditinggalkan suaminya yang sebelum ini berjanji untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Baca juga: Menantu ‘Kantoi’ Berpakat Rompak Ibu Mentua, Larikan Barang Kemas Bernilai RM12,000!

MUALAF KELUAR ISLAM SEBAB MENYESAL KAHWIN DENGAN SUAMI?

MUALAF KELUAR ISLAM

“Suami saya sebelum berkahwin dia janji nak jadi lebih baik. Tapi selepas kahwin memeluk agama Islam dan sekarang saya mengandung, dia ada perempuan lain dan tinggalkan saya.

“Saya sekarang memang trauma dengan lelaki Melayu Malaysia. Saya tak ada duit dan sekarang tengah mengandung, susah nak keluar cari kerja. Orang tak nak ambil wanita mengandung bekerja,” luahnya.

Dia turut meluahkan bahawa rasa terasing kerana tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada masyarakat atau pihak berkuasa.

Menurutnya lagi, dalam keadaan terdesak, dia akhirnya pergi ke sebuah gereja untuk mendapatkan bantuan dan mendapati sambutan yang lebih terbuka serta penuh belas kasihan.

“Bila saya pergi masjid, orang ingat saya scammer, dia halau dan tak peduli. Bila saya nak minta bantuan daripada zakat, pihak mereka cakap kena ada suami bagai. Suami saya dah tinggalkan saya dan tak tahu dia pergi mana. 

“Akhirnya saya pergi gereja dan minta tolong. Mereka rela nak tolong saya dan bagi saya wang untuk meneruskan kehidupan. Mereka buatkan saya nak keluar Islam semula. Kehidupan saya sebelum ini, jauh lebih baik dari sekarang,” katanya.

Luahan tersebut pastinya mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, yang sebahagiannya menyuarakan keprihatinan terhadap layanan dingin sesetengah masyarakat terhadap mualaf.

Ramai yang berharap agar institusi zakat dan pihak berkuasa agama lebih sensitif dan responsif terhadap kes seperti ini, yang memerlukan pendekatan yang lebih empati dan inklusif.

“Mualaf yang tak ada siapa-siapa patut dibantu dan dilindungi, bukan disisihkan. Kalau masyarakat Islam sendiri tolak mereka, ke mana lagi mereka nak pergi?” tulis seorang pengguna media sosial.

Empati, belas kasihan, dan tindakan segera adalah kunci untuk mengelakkan lebih ramai yang putus asa dan tersisih daripada agama dan masyarakat.

Baca juga: Berminggu-Minggu Suami Tak ‘Tunai’ Hubungan Intim, Rupanya Dalaman Si Isteri Meronta!

Sumber: TikTok Ariff Peter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×