Euforia Bola 2026
Didik

Isteri Belajar Tinggi Bukan Saingan Suami, ‘Maharani’ Ini Mampu Bina Anak Berkualiti!

institusi keluarga

Wanita berpendidikan tinggi pada zaman moden ini, bukanlah perkara asing lagi. Di mana, golongan ini telah diberi peluang untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Maka, tidak hairan sesebuah institusi keluarga itu mampu melahirkan, mendidik dan membina generasi yang hebat dengan adanya isteri yang terdidik ini!

Bak kata saudara Shauqi Hasan dalam perkongsiannya, wanita berpendidikan tinggi bukan untuk menyaingi lelaki, tapi untuk membangun generasi.” Agar dapat membuka minda dan mata pembaca, mari ikuti pandangan dan nasihat beliau yang berguna ini untuk membangunkan institusi keluarga yang hebat.

Baca juga: Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!

INSTITUSI KELUARGA DENGAN ADANYA ISTERI BERPENDIDIKAN TINGGI

institusi keluarga

Gambar: familius

“Wanita berpendidikan tinggi bukan untuk menyaingi lelaki, tapi untuk membangun generasi.”

Ikhlas buat bakal pengantin baru, Abang nak kongsikan sedikit nasihat yang mungkin berguna untuk kau dalam membina rumah tangga yang bahagia dan berjaya.

Zaman sekarang, kita sering dengar tentang pentingnya pendidikan, tapi pernah tak korang terfikir betapa besar impaknya pendidikan seorang wanita terhadap keluarga dan generasi masa depan?

“Kalau kamu didik seorang lelaki, kamu didik seorang lelaki. Tapi kalau kamu didik seorang wanita, kamu bina satu generasi.”

Nampak tak bezanya? Wanita yang berpendidikan tinggi bukan semata-mata untuk menyaingi lelaki, tapi untuk membentuk masa depan yang lebih cerah.

Pendidikan bukan sekadar tentang akademik, tapi juga tentang nilai-nilai kehidupan, kebijaksanaan dan kemahiran untuk membina keluarga yang kukuh.

Baca juga: 3 Manfaat Berjimak Ketika Badan Tak Sihat, Pakar Kata Capai ‘Orgasm’ Bantu Lawan Penyakit!

Pilih pasangan bukan sahaja cantik tapi juga bijak

Buat bakal pengantin lelaki, pilihlah pasangan yang bukan sahaja cantik di mata, tapi juga bijak di hati dan fikiran. Ingat, pendidikan anak-anak bukan bermula dari sejak mereka lahir, tapi sejak kamu memilih pasangan.

Pasangan yang bijak dan berpendidikan akan mendidik anak-anak dengan nilai yang betul, memberi contoh yang baik, dan memastikan mereka membesar dengan cara yang terbaik. Kita nak pasangan yang terdidik, bukan terpelajar semata-mata.

Buat bakal pengantin perempuan, ingatlah bahawa pendidikan yang kamu miliki adalah senjata paling ampuh dalam membina keluarga yang berjaya. Dengan ilmu, kamu boleh membimbing anak-anak, menyokong suami, dan memastikan rumah tangga berjalan dengan lancar.

Jangan pernah berhenti belajar, kerana setiap ilmu yang kamu peroleh akan menjadi bekal dalam mendidik generasi masa depan. Belajarlah dari pengalaman. Buku sekadar teori. Tips sekadar panduan. Hujungnya hasil yang tentukan kau berjaya atau tidak.

Baca juga: Besarkan Zakar Dalam Islam, Boleh Ke Tidak? Orang Lelaki Kena Tahu Hukumnya!

Baca juga: Sebab Wanita Bujang Cepat Jatuh Cinta Dengan Suami Orang, 4 Faktor Ini Lelaki Bujang TIADA!

6 NASIHAT UNTUK MEMBANGUNKAN SEBUAH KELUARGA

Abang ada beberapa nasihat untuk membangunkan institusi keluarga, ringkasan dari pengalaman kami di bawah bumbung RPWP.

institusi keluarga

Gambar: Google

1. Sokong menyokong dalam pendidikan

Jadilah pasangan yang saling menyokong dalam mencari ilmu. Belajar bersama, baca kitab Allah bersama, muhasabah kekurangan dan manfaatkan kelebihan diri secara berjemaah. Dengan cara ini, kamu bukan sahaja menambah ilmu, tapi juga memperkukuh ikatan suami isteri.

Pegang surah Annisa, ayat 34 sebagai kepentingan suami yang bangkit menjadi pelindung kepada isteri. Bukan memukul dengan tangan, tapi melalui kata-kata dan taudalan. Suami menjadi role model. Isteri sebagai qorina (pendamping).

2. Komunikasi yang efektif

Komunikasi (silah) adalah kunci dalam setiap hubungan. Sentiasa berkomunikasi dengan jujur dan terbuka. Bila ada masalah, bincang dengan tenang dan cari solusi bersama. Jangan biarkan masalah kecil menjadi besar kerana kurangnya komunikasi.

Rawat dari sekarang. Bukan tunggu retak menanti belah baru nak selesaikan masalah. Tak guna kau tidur sebantal tapi tak reti nak bersembang. Itulah namanya ‘pillow talk’.

3. Pendidikan anak-anak

Pastikan anak-anak mendapat pendidikan yang baik dari awal. Beri mereka contoh yang baik, ajar mereka tentang nilai-nilai kehidupan, dan sokong mereka dalam setiap usaha mereka. Ingat, pendidikan anak-anak bermula dari rumah.

Pendidikan bukan cerita sijil dan ijazah. Ia adalah pembinaan akhlak. Biar anak dipuji kerana adab dan tertibnya. Bukan sekadar mendapat kepujian dalam akademik tapi bersikap kurang ajar dalam komuniti.

Bahasa melambangkan bangsa. Kalau bahasa anak macam tak reti bahasa, tak dengar cakap, bahasa badan pun tantrum memanjang itu semua tanda-tanda anak perlukan perhatian ibu bapa.

Baca juga: Kalau Teringin Nak Zuriat Ikut Jantina Pilihan, Ini Teknik ‘Mengejutkan’ Kena Buat

4. Amalan agama dan nilai moral

Selain pendidikan akademik, pastikan anak-anak juga dididik dengan amalan agama dan nilai moral yang tinggi. Ajar mereka untuk solat, membaca Al-Quran dengan kefahaman, dan memahami ajaran Islam. Nilai-nilai moral seperti jujur, amanah, dan bertanggungjawab juga perlu diterapkan.

Semua ini bermula dari ibu dan bapa, dari hari pertama kau memilih pasangan pastikan pilihan kau adalah agamanya. Yang lain akan datang mengimbangi keperluan akhlak dan habitnya. Tak guna cantik di mata tapi buruk bila berbahasa.

Yang nak memelihara rukun rumah tangga adalah agama. Kau tengok anak, kau akan nampak peribadi ibu bapanya.

5. Menjaga keseimbangan

Dalam usaha mencapai kejayaan, jangan lupa untuk menjaga keseimbangan antara kerja dan keluarga. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga, buat aktiviti bersama, dan pastikan setiap ahli keluarga merasa dihargai dan disayangi.

Family first orang kata. Once kau dah berkeluarga, keutamaan akan berpindah. Masa, tenaga, kasih sayang kau akan tumpahkan dahulu pada keluarga sendiri.

Nukleus agama bermula dari sebuah rumah tangga. Kau bina masjid, untuk membina rumah yang ada peraturan agama. Utamakan yang utama. Kau akan jumpa jalan bahagia.

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

Pesanan buat bakal pengantin baru

Kepada bakal pengantin baru, ingatlah bahawa perkahwinan adalah satu perjalanan yang panjang. Ia memerlukan komitmen, kesabaran, dan usaha yang berterusan. Dengan pendidikan dan sokongan yang tepat, kamu boleh membina keluarga yang berjaya dan diberkati.

Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Abang tulis ini dengan harapan korang semua dapat manfaatnya. Kita semua nak yang terbaik untuk masa depan kita dan keluarga. Jangan lupa untuk terus belajar, saling menyokong, dan sentiasa berdoa supaya Allah memberkati setiap langkah kita.

Terima kasih kerana membaca hingga ke noktah terakhir. 

Baca juga: 7 Ciri Bekas Suami Masih Sayang Bekas Isteri, Ini Maksudnya ‘Gila Talak’ Ke?

Sumber: Shauqi Hasan

FT Image: homage / odua

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×