Euforia Bola 2026
Asuh

5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!

ilmu hisab

Ilmu hisab atau kini dipanggil matematik bukanlah subjek yang boleh membuatkan anak-anak menggaru kepala atau rasa bosan. Hal ini kerana, ia boleh diajar melalui kehidupan seharian dengan menggunakan pelbagai kaedah yang santai, kreatif dan menarik kepada mereka.

Melalui perkongsian Hanis Athirah Rusli, terdapat lima cara kreatif dan mudah yang boleh diajarkan oleh ibu bapa untuk anak-anak menguasai subjek matematik dengan perasaan teruja dan seronok. Mari baca sampai habis!

Baca juga: [VIDEO] Nak Bagi Anak-Anak Seronok Hafal Al-Quran, Ini 8 Saluran Menarik Buat Mata Mereka Melekat Je Tengok!

ILMU HISAB (MATEMATIK)

ilmu hisab

Gambar: littleoxford

1. Guna mainan sebagai alat belajar

Mainan bukan sahaja untuk bermain, tapi juga boleh jadi alat belajar yang hebat.

Contohnya, guna Lego untuk ajar anak tentang penambahan dan penolakan. Minta anak-anak bina menara Lego dan kira berapa banyak blok yang digunakan.

Satu lagi, macam anak lelaki boleh guna kereta mainan untuk ajar tentang jarak dan kelajuan.

Bila anak-anak nampak matematik dalam bentuk visual, mereka lebih mudah nak faham konsep-konsep yang mungkin susah kalau hanya terangkan dengan buku sahaja.

2. Permainan matematik online

Kalau anak-anak suka main game, cuba perkenalkan mereka kepada permainan matematik online. Ada banyak apps dan website yang tawarkan game interaktif yang mengajar matematik dengan cara yang menyeronokkan.

Mereka boleh belajar tentang nombor, penambahan, pengurangan dan banyak lagi sambil bermain. Ini cara yang best untuk anak-anak yang suka belajar melalui teknologi.

Baca juga: Tak Dapat No.1 Anak Gant*** Diri Pakai Kain Telekung, Ibu Ini Dedah Cerita Untuk Jadi Pengajaran!

3. Belajar matematik di dapur

Dapur ini tempat yang penuh dengan peluang untuk belajar matematik tau, bukan sekadar tempat nak memasak sahaja.

Kita boleh ajar anak tentang pecahan dengan guna resipi. Contohnya, kalau resipi perlukan 1/2 cawan gula, tunjuk macam mana nak ukur separuh dari 1 cawan.

Satu lagi contoh, masa nak buat kek, ajar mereka tentang penggandaan atau pengurangan. Contohnya, kalau resipi untuk 4 orang, macam mana nak adjust kalau kita nak buat untuk 8 orang?

Aktiviti macam ini bukan sahaja seronok, tapi juga praktikal.

4. Seni dan geometri

Seni dan matematik sebenarnya boleh digabungkan dengan cara yang sangat menarik. Ajar anak tentang bentuk dan sudut melalui lukisan atau origami.

Minta mereka lukis atau potong bentuk-bentuk geometri macam segi empat, segitiga dan bulatan. Lepas itu, kira jumlah sudut atau ukur panjang sisi.

Aktiviti macam ini bukan sahaja bantu mereka faham konsep geometri, tapi juga kembangkan kreativiti mereka. Mudah kan?

5. Pembelajaran berasaskan masalah

Cuba ajar matematik melalui situasi kehidupan sebenar.

Contohnya, bagi mereka “masalah” untuk diselesaikan, macam kira berapa duit yang diperlukan untuk beli barang dekat kedai atau macam mana nak bahagi gula-gula sama rata antara semua ahli keluarga.

Bila anak-anak nampak macam mana matematik digunakan dalam kehidupan harian, mereka akan lebih faham kenapa penting untuk kuasai subjek ini.

Baca juga: Budak Usia 3 Tahun Guna Teknik ‘Gentle Parenting’ Didik Adiknya, Ramai Ibu Bapa Malaysia Kagum!

Kesimpulan

Dengan cara-cara kreatif ini, anak-anak boleh belajar matematik dengan cara yang lebih fun dan menarik. Mereka bukan sahaja akan lebih faham konsep-konsep matematik, tapi juga akan lebih teruja nak belajar lebih lagi.

Matematik tak lagi jadi subjek yang membosankan. InsyaAllah dengan pendekatan yang betul, Matematik boleh jadi salah satu subjek yang paling disukai anak-anak!

P/s: Nak tahu cara mudah ajar anak menghafal sifir, boleh klik artikel ini.

Baca juga: Adik-Adik Yang Nak Masuk Asrama, Hadam 5 Pesanan Penting Ini Elak Terjebak Perkara Tak Elok!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

FT Image: alfaandfriends

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×