Memetik laporan berita tempatan, seramai 84,025 calon telah diumumkan gagal di dalam subjek Matematik SPM, baru-baru ini. Data ini berdasarkan Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 yang telah pun dikeluarkan beberapa hari lalu.
Secara tidak langsung, masalah ini menjadi satu kebimbangan baru kepada ibu bapa. Termasuklah meraih perhatian dari seorang bekas guru Matematik, Mohd Fadli Salleh yang telah memuat naik di hantaran Facebook berkenaan masalah tersebut sehingga mendapat 1.4 ribu komen daripada warga maya.
Baca juga: Kes Jangkitan HIV Penuntut Universiti & Lepasan Sekolah Makin Meningkat, Bawah 13 Tahun Pun Ada!
MATEMATIK SPM 2024 TERTINGGI G ANTARA SEMUA SUBJEK

Gambar AI.
Melalui hantarannya itu, Mohd Fadli Salleh meluahkan rasa sedih terhadap laporan tersebut yang menurutnya, setiap tahun subjek Matematik menduduki carta teratas bagi subjek paling ramai gagal.
“84,025 calon SPM 2024 gagal matematik. Lebih 22% ni. Sebagai bekas guru Matematik, hal ini menyedihkan. Saban tahun subjek Matematik duduki carta teratas subjek paling ramai gagal,” tulisnya.
Baca juga: Bekas Guru Tak Setuju Larangan Raikan ‘Straight A’ SPM, “Nak Jaga Hati Pelajar Lain Punya Pasal!”
Warga maya minta hafal sifir & mengkritik sukatan pelajaran yang rumit
Meninjau di ruangan komen, warga maya yang rata-ratanya dalam kalangan ibu bapa turut berasa bimbang dan kecewa melihat keputusan Matematik oleh pelajar zaman kini.
Di mana, kebanyakan mereka menzahirkan bahawa pentingnya untuk menghafal sifir yang merupakan asas dalam subjek tersebut.
“Saya nampak, zaman saya dulu darjah 3 wajib hafal sampai sifir 12. Ini dah darjah 6, kita tanya 7×7 pun terkial nak jwb. Inilah kenapa dulu perlu ada UPSR untuk ukur murid supaya mana yang lemah kita pertingkatkan.
“Sejujurnya Matematik adalah subjek mudah sebab bukannya perlu hafalan. Kalau menghafal pun cuma benda asas saja seperti meguasai sifir khususnya peringkat Sekolah Menengah.” komen beberapa individu.
Bahkan ramai juga yang mengkritik sukatan pelajaran Matematik sekarang ini semakin sukar untuk difahami.
“Math ini jika asas tak ada, soalan susah memang tak dapat buat. Kenapa tak dapat kuasai asas sebab sukatan pelajaran yang sukar menyebabkan murid kurang minat pada Math. Bila otak dah set Math susah, 150 bahagi 3 pun tekan kalkulator.
“Adakah disebabkan soalan penyelesaian masalah yang menyebabkan murid sukar nak kuasai? Saya tengok banyak soalan penyelesaian masalah, kalau budak tak faham karangan, memang akn salah jawapan. Padahal kalau soalan bentuk lazim, depa boleh sahaja score.
“Kalau dulu, ramai budak pandai matematik sebab itu sahaja subjek yang guna nombor, tak banyak ayat. Depa suka. Sekarang nak KBAT punya pasal, soalan sahaja pun setengah muka surat” antara pandangan yang dilontarkan warga maya.
Baca juga: [TERKINI] Bahasa ASEAN Jadi Mata Pelajaran Elektif Di Sekolah! – Fadhlina Sidek
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia

Gambar Malaysia Gazette – Sadiq Sani
Ekoran itu, satu tindakan khas bakal diambil oleh Kementerian Pendidikan, bagi menangani masalah tersebut.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan melakukan intervensi segera terhadap subjek Matematik yang menyaksikan penurunan ketara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini.
“Sebagai contoh, tahun lalu apabila Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan penurunan maka kita terus buat intervensi segera dan tahun ini keputusan itu menunjukkan intervensi kita berjaya khususnya untuk Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 pada Selasa.
Baca juga: Kemasukan Ke MRSM & SBP Diselaras Tahun Depan, Ramai Berpeluang Dapat Tempat!
Sumber: Mohd Fadli Salleh / Malaysia Gazette
FT Image: AI
