Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Pasangan Ikhtiar Zuriat Boleh Amalkan Pokok Galak Kucing, Petua Lama Tok Guru Pondok Kongsi

ikhtiar hamil

Dalam usaha mendapatkan zuriat, pelbagai ikhtiar hamil tradisional sering menjadi pilihan sebahagian pasangan sebagai usaha sampingan rawatan perubatan moden.

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai pokok kucing galak, sejenis tumbuhan herba yang digunakan masyarakat terdahulu, menarik perhatian ramai selepas dikongsi oleh seorang pengguna media sosial.

Baca juga: Sekelip Mata Jadi Tragedi! Besi Panas Bahang Matahari Jadi Punca Tangan Anak Melecur…

IKHTIAR HAMIL GUNA POKOK KUCING GALAK, INI CARANYA

IKHTIAR HAMIL

Freepik

Menurut perkongsian tersebut, pokok kucing galak atau dikenali juga sebagai galak kucing dikatakan sering dijadikan amalan oleh orang lama sebagai ikhtiar untuk menambah kesuburan suami isteri.

Daunnya boleh dimakan sebagai pucuk, manakala air rebusan herba ini pula diamalkan dalam jumlah ganjil mengikut petua yang diwarisi.

Air rebusan kemudian dimasukkan ke dalam botol mineral, disimpan di dalam peti sejuk dan diminum oleh kedua-dua suami dan isteri. Menurut mereka, air tersebut tidak mempunyai rasa kuat, hanya sedikit payau dan mudah diminum.

“Makan pucuk pun boleh atau amalkan air rebusan secekak (jumlah ganjil).Sekali akarnya dan kalau boleh macam dalam gambar ni, 7 pokok pun dah cukup.

“Letak dalam botol mineral. Simpan dalam peti ais. Suami isteri boleh amalkan minum. Air tak ada rasa sangat, rasa payau-payau macam tu,” jelasnya.

Selain itu, golongan lelaki juga disarankan mengamalkan air rendaman bendi sebagai tambahan, manakala isteri turut minum air rebusan yang sama sebagai amalan bersama.

IKHTIAR HAMIL

Walau bagaimanapun, setiap ikhtiar tradisional perlu diambil dengan penuh berhati-hati, dan sebaiknya dirujuk kepada pakar perubatan sekiranya mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Usaha mendapatkan zuriat melibatkan pelbagai faktor, dan penggunaan herba hanyalah satu bentuk usaha sampingan yang diamalkan sesetengah masyarakat.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan kepada pasangan yang sedang berusaha, dan apa jua ikhtiar yang dilakukan, akhirnya tetap bergantung kepada ketentuan Allah SWT.

Baca juga: Iklan Palsu Video AI Menyamar Ustaz Wadi, Nenek Terpedaya Datang Dari Perlis Cari Ubat Mata

Sumber: Facebook Syahrizan Mahmood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×