Ikan tongkol hitam yang mempunyai kilauan warna seakan pelangi sebenarnya bukan tanda rosak, sebaliknya ia menunjukkan ikan tersebut masih segar dan berkualiti tinggi untuk dimasak.
Ramai tidak tahu bahawa pantulan warna pelangi pada kulit ikan tongkol sebenarnya menjadi salah satu petunjuk bahawa ikan itu masih segar dan berkualiti. Kilauan tersebut lazimnya lebih ketara pada ikan yang segar.
Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Jimat RM20 Dengan Ayam Seekor, Lebih Berbaloi Dari Beli Makanan Lain!
IKAN TONGKOL HITAM & ADA WARNA ‘PELANGI’

Menurut perkongsian di media sosial, keadaan itu biasanya boleh dilihat pada ikan tongkol segar yang baru dinaikkan dari laut dan belum disimpan terlalu lama atau dibekukan dalam tempoh panjang.
“Biasanya ikan aye fresh memang jadi macam ni. Boleh makan, selamat insyaAllah” jelas pengguna media sosial.
Difahamkan, kilauan warna-warni itu akan semakin hilang apabila ikan mula kurang segar atau sudah lama disimpan dalam peti beku.
Jadi, kalau ternampak ikan tongkol dengan efek pelangi seperti ini ketika membeli di pasar, ia sebenarnya petanda baik dan tidak perlu diragui lagi kualitinya.
Selain dijadikan singgang atau digoreng berlado, ikan tongkol juga memang sedap dimasak dengan pelbagai jenis hidangan lain. Antara menu yang selalu jadi pilihan ramai termasuklah:
- Gulai asam pedas ikan tongkol
- Kari ikan tongkol
- Masak lemak cili api
- Ikan tongkol bakar sambal
- Pais ikan tongkol
- Sambal tumis ikan tongkol
- Bubur nasi bersama ikan tongkol goreng
- Nasi dagang dengan gulai tongkol

Jadi selepas ini, jika anda ternampak ikan tongkol hitam dengan permukaan kulit yang berkilat dan mempunyai pantulan warna seakan pelangi, tidak perlu panik atau berasa pelik lagi.
Sebaliknya, ia boleh menjadi salah satu tanda bahawa ikan tersebut masih segar dan berkualiti tinggi untuk dimasak. Malah ramai yang menganggap jika jumpa ikan tongkol seperti ini di pasar, memang tidak boleh tunggu lama kerana biasanya ikan segar akan cepat habis dibeli pelanggan.
Baca juga: Peniaga Aiskrim Malaysia Kongsi Tip ‘Rare’ Elak Cepat Cair, Rupanya Letak Ais Dalam Kotak Itu Silap!
Sumber: Threads Teyhaa Alexsoo
Sumber gambar: Facebook Ainul Mardhiah
