Nikmatnya~ bila dapat makan ikan keli goreng berlada bersama nasi putih yang masih panas. Lagi-lagi bila diratah isinya yang lembut dan kulitnya yang rangup garing! Perghhh, boleh meleleh air liur anda semua.
Rugi air liur anda kalau tengok gambarnya sahaja, apa kata cuba resipi ikan keli goreng berlada yang mudah sangat ini bak kata Puan Cheyah Saripuddin seperti di bawah!
Baca juga: Resipi SAMBAL CUKA Tahan Lama, Sedap Menjilat Jari Bila Makan Dengan Nasi Ayam!
IKAN KELI GORENG BERLADA

Gambar: Cheyah Saripuddin
RESEPI IKAN KELI GORENG BERLADA MUDAH SANGAT!
Ada ke geng yang suka makan ikan keli ini? Sedap kan goreng garing lepas itu humban dalam cili yang pedas-pedas manja. Makan ratah saja pun tak apa.
Itulah nak buat dia rasa renyah juga. Tapi tak apa #gengmakan kena cuba resipi Cheyah yang super simple gila.
Baca juga: Senang Je Nak Pilih IKAN SEGAR, Bila Ingat 7 Tips Ini Tengok Dari Jauh Pun Dah Tahu!
Bahan-bahan:

Gambar: Cheyah Saripuddin
Sebelum masak, sediakan bahan-bahan dulu. Kita cuma perlukan:
- 6 ekor ikan keli
- 4 biji cili merah besar
- 10-12 biji cili hijau
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
Bahan tambahan yang perlu:
- Garam
- Gula
- Serbuk kunyit
- Minyak untuk menggoreng
Baca juga: Tips Rebus KERANG Elak Kecut Tapi Jadi Gebu, Puas Hati Bila Gigit!
Penyediaan ikan keli:

Gambar: Cheyah Saripuddin
- Ikan keli kena basuh cuci tau.
- Tips dia basuh guna limau nipis agar bebas bau hanyir dan lendir.
- Selepas itu, gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng hingga garing.
- Masa menggoreng, tak nak dia merecik tutuplah periuk atau kuali.
Baca juga: Guna Nanas Untuk Lembutkan ‘Mutton Shoulder’ Daging Biri-Biri Tua, Rasa Kekal Enak!
Penyediaan sambal berlada:

Gambar: tumbuk kasar hingga jadi begini – Cheyah Saripuddin.
- Bawang dan cili potong kecil nak bagi mudah untuk tumbuk.
- Cheyah tumbuk bagi hancur kasar-kasar. Kalau malas boleh guna mesin pengisar tapi tak best sebab kita nak teksturnya kasar sikit. Nak guna chopper lagi okey.
- Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan goreng hingga naik bau.
- Kacau bagi sekata.
- Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam. Dah nampak hampir garing boleh tutup api.
- Akhir sekali, curahkan atas ikan tadi.

Gambar: Cheyah Saripuddin
Taraaa dah siap untuk dimakan. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat SERBUK BAWANG PUTIH & Letak Sikit Je, Makanan Terus Sedap!
Sumber: Cheyah Saripuddin
FT Image: Cheyah Saripuddin
