Euforia Bola 2026
Dapur

Rupanya Ini Bahan ‘Rahsia’ Supaya Goreng Ikan Keli Minyak Tak Meletup, Paling Best Jadi Lebih Rangup!

cara goreng ikan keli

Melatah dan melecur akibat terkejut serta terkena minyak yang meletup semasa menggoreng ikan terutamanya ikan keli sudah menjadi kebiasaaan ramai. Hal ini kerana ada cara goreng ikan keli yang betul perlu dipraktikkan supaya anda ‘bebas’ dari segala bahaya minyak panas ini.

Menurut perkongsian dari laman Tiktok @pakman3500, dia berkongsikan rahsianya adalah dengan menggunakan asam keping atau asam gelugur semasa menggoreng ikan tersebut. Boleh cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Nampak Biasa Tapi Sedap Tak Boleh Bawa Bincang!

CARA GORENG IKAN KELI SUPAYA TAK MELETUP, GUNA ASAM KEPING!

cara goreng ikan keli

Biasanya, cara ini dilakukan untuk menggoreng ikan goreng seperti ikan keli dan siakap ataupun jenis ikan lain kerana biasanya ikanlah yang selalu membuatkan minyak masak terpercik atau meletup ketika menggoreng. Malah katanya, selain mengelakkan percikan minyak berlaku, ikan keli yang digoreng juga kurang berminyak dan lebih rangup!

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Apabila telah panas, masukkan kira-kira dua atau tiga asam keping terlebih dahulu.

3. Kemudian masukkan ikan keli yang telah disaluti garam dan kunyit.

4. Biarkan seketika dan alih. Angkat apabila kedua-dua belah isi ikan masak.

Selain itu, kebaikan lain dengan letak asam keping sebelum menggoreng adalah:

-Tak serap minyak yang banyak ke dalam masakan
-Makanan yang digoreng tak melekat di kuali
-Ikan goreng lebih enak dan tidak hanyir!

cara goreng ikan keli

Hasil lebih rangup!

*Nampaknya tak perlu risau lagi setiap kali nak menggoreng ikan keli di rumah!

@pakman3500

tips keli@#

♬ bunyi asal – pak man

Baca juga: Cara Buat Perahan Air Asam Jawa Dengan Betul, Barulah Dapat Yang Asli & Pekat!

Sumber: Tiktok @pakman3500

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×