Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Bayi Tak Dapat Diselamatkan, Ibu ‘Pergi’ 11 Jam Lepas Bersalin, “Terlalu Sukar Untuk Saya…”

ibu meninggal selepas bersalin

Detik paling membahagiakan dalam hidup pasangan ini bertukar menjadi episod duka, apabila ibu meninggal selepas bersalin dalam tempoh kurang sehari.

Lebih menyedihkan apabila Nuraderrah Hasnul Hafidzan, 31, menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa jam selepas bayi perempuannya yang dilahirkan pramatang disahkan meninggal dunia.

Baca juga: Remaja 13 Tahun Meninggal Dunia, Sakit Perut & Muntah Lepas Makan 3 Paket Mi Segera Mentah!

IBU MENINGGAL SELEPAS BERSALIN, 11 JAM SELEPAS BAYI ‘PERGI’

IBU MENINGGAL SELEPAS BERSALIN

Namun, bayi yang dinanti penuh harapan itu tidak dapat diselamatkan. Hanya 11 jam selepas pemergian si kecil, Nuraderrah turut menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi berkaitan kelahiran.

Menurut suaminya, Akmal Mohtar, 31, kehilangan isteri dan anak dalam masa yang begitu singkat merupakan pengalaman paling perit sepanjang hidupnya.

“Saya luluh hati apabila diberitahu anak kami sudah tiada. Namun saya tetap cuba tenangkan diri dan beri kekuatan kepada isteri. Tak sangka, tak lama kemudian saya kehilangan dia juga,” katanya penuh hiba.

Akmal, yang kini menetap di Semenyih bersama anak sulung mereka, Noah, berusia empat tahun, masih terbayang wajah tenang isterinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum keadaan kesihatannya merosot dengan cepat.

“Saya rasa seperti sebahagian jiwa saya turut hilang bersamanya. Terlalu sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu,” luahnya.

Tambah Akmal lagi, arwah isterinya begitu teruja menyambut kelahiran anak perempuan sulung mereka. Malah, hampir setiap hari mereka berbual tentang nama bayi itu yang ingin mereka namakan Nyra, serta kelengkapan yang telah disediakan dengan penuh teliti oleh arwah.

“Dia sangat gembira sepanjang mengandungkan Nyra. Setiap kali bercakap tentang bayi itu, matanya bercahaya,” kenangnya.

Walaupun tiada pesanan terakhir yang ditinggalkan, Akmal mengakui kelembutan dan kasih sayang arwah isterinya akan sentiasa hidup dalam dirinya dan anak mereka.

“Setiap kali Noah mencari ibunya, hati saya hancur. Tapi saya yakin, Allah menjanjikan tempat yang tinggi buat wanita yang pergi ketika melahirkan anak. Saya akan terus kuat demi Noah. Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan, saya akan cuba jadi ayah dan ibu buatnya,” katanya.

Baca juga: Kanak- Kanak Lelaki Hilang Sejak 24 Ogos, Ditemui Selamat Di Tepi Tebing Sungai

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×