Ibu dipatuk ular sawa ketika sedang sarat hamil lapan bulan, itulah kejadian cemas yang berlaku kepada seorang wanita di Batu Pahat, Johor pada tengah malam, 29 September 2025
Kejadian ini dikongsikan oleh suaminya, Mohd Zulkifli, di laman Facebook miliknya. Menurutnya, sekitar jam 12 malam, isterinya yang berusia 29 tahun sedang menggunakan tandas di rumah mereka sebelum tiba-tiba dipatuk seekor ular sawa.
Baca juga: Anak Malaysia Ukir Sejarah Di Cambridge, Dr Hanis Lulus PhD Dengan Keputusan ‘Without Correction’
IBU DIPATUK ULAR SAWA, TENGAH HAMIL 8 BULAN

Lebih mencemaskan, isterinya kini sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan 8 bulan. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka kesan gigitan ular dan segera dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut.
Menurut Mohd Zulkifli, ular sawa berkenaan dianggarkan panjang kira-kira 2 meter dan sebesar lengan lelaki dewasa. Lebih merisaukan, selepas kejadian, ular tersebut hilang kembali ke dalam lubang tandas rumah mereka.
“Pada jam 12mlm 29/9/2025 hari ini isteri saya berusia 29 tahun sedang hamil anak kedua usia kandungan 8 bulan sedang gunakan tandas, dia dipatuk ular sawa, sekarang sedang di rawat/pantau di Hospital Batu Pahat, Johor.
“Mengalami luka kesan gigitan, mangsa berapa dalam keadaan setabil. Kejadian berlaku di (rumah taman) Batu Pahat Johor. Anggaran panjang ular lebih kurang 2meter panjang dan besar lengang tangan lelaki dewasa.
“Sekarang ular nya hilang masuk semula dalam lubang tandas, apa yang perlu saya buat? JPAM sarankan siram lubang tandas dengan air panas atau guna clorox, tapi saya masih risau.

“JPAM ada sarankan untuk siram lubang tandas dengan air panas atau guna clorox. Tapi saya masih risau sebab ular tu tak dapat ditangkap lagi,” jelasnya.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian tersebut turut meninggalkan komen dengan rasa simpati, selain berkongsi pengalaman berdepan dengan ular di kawasan rumah.
Semoga keluarga ini terus kuat berdepan ujian dan ular berkenaan segera berjaya ditangkap bagi mengelakkan kejadian berulang.
Baca juga: Musibah Boleh Datang Dari 6 Arah, Amalkan Doa Rasulullah SAW Ini Untuk Perisai Harian…
Sumber: Facebook
