Media tempatan melaporkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipatuk ular sawa yang bersembunyi di mangkuk tandas.
Kejadian ini berlaku ketika Hadi hendak membuang air kecil di rumahnya yang terletak di Apartment Prima Court, Saujana Melawati, Ampang Jaya.
Baca juga: Wanita Berang Kereta Kena Langgar, Terus Tolak Kepala Pakcik Sampai Kopiah Tercampak!
KANAK-KANAK CEDERA DIPATUK ULAR SAWA, SEMBUNYI DALAM MANGKUK TANDAS

Ibu kepada Hadi, Adibah Aziz memberitahu kejadian tidak disangka-sangka ini berlaku pada jam 11 pagi, di tandas bilik tidur utama.
Ketika kejadian, si ibu sedang memasak di dapur sebelum terdengar suara anaknya menjerit dan meluru keluar dari bilik air dengan darah sedang menitik-nitik.
“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” jelasnya.
Tambah Adibah, anak lelakinya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan susulan. Dia memberitahu bahawa Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu.
“Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil. Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” ujarnya.
APM Daerah Gombak bergegas ke lokasi kejadian pada jam 12.45 tengah hari selepas dimaklumkan oleh orang ramai mengenai perkara itu.
Empat anggota telah mengangkap ular berkenaan sebelum membawanya kembali ke pejabat mereka.
Baca juga: Dividen KWSP 2024 Dijangka Paling Tinggi Tahun Ini, Lebih 5.8% Untuk Simpanan Konvensional
Sumber: BH Online
