Euforia Bola 2026
40 Minggu

Ibu Mengandung Perlu Tahu, Ini Hukum Zakat Fitrah Untuk Bayi Dalam Kandungan…Wajib Atau Sunat?

zakat fitrah

Zakat fitrah merupakan amalan wajib dilakukan di bulan Ramadan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan, namun dalam pelaksanaannya masih timbul persoalan tertentu termasuk melibatkan bayi dalam kandungan.

Ada yang tertanya-tanya, adakah bayi di dalam kandungan juga termasuk dalam golongan yang perlu dibayarkan zakat fitrah, atau ia hanya tertakluk kepada individu yang telah dilahirkan sahaja?

Baca juga: Trend Inai Hitam Tulang ‘Gothic’ Jadi Kegilaan Anak Muda, Ulama Beri Teguran Cantik Tapi Kontroversi?

HUKUM ZAKAT FITRAH UNTUK BAYI DALAM KANDUNGAN

zakat fitrah

Gambar hiasan: zirconicusso

Hukum bayar zakat fitrah

Zakat fitrah merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang mempunyai lebihan makanan atau harta pada malam dan pagi Aidilfitri. Ia bukan sekadar ibadah, tetapi juga bertujuan menyucikan jiwa serta membantu golongan memerlukan.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perkara yang lagha dan percakapan yang buruk. Ia juga adalah makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang membayarkan sebelum solat (aidilfitri) maka zakatnya diterima. Sesiapa yang membayarkan selepas daripada solat maka ia hanya dianggap sebagai sedekah.” Riwayat Abu Daud (1609)

Selain itu, dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar pula menyebut:

Maksudnya: “Rasulullah SAW mewajibkan untuk memberi zakat fitrah.(Kadarnya ialah) segantang dari kurma atau gandum. Ianya diwajibkan untuk setiap hamba,yang merdeka. Yang kecil(kanak-kanak) mahupun besar (dewasa).” Riwayat Al-Bukhari (1503) & Muslim (2326)

Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa zakat fitrah diwajibkan ke atas setiap individu Muslim tanpa mengira usia, dan kebiasaannya ia ditunaikan oleh ketua keluarga bagi pihak tanggungannya.

Baca juga: Tanggungjawab Siapa Bayar Zakat Fitrah Untuk Ibu Tunggal Kematian Suami? Mufti Jelaskan…

zakat fitrah

Gambar hiasan: Gemini AI

Hukum bayar zakat fitrah bayi di dalam kandungan 

Namun begitu, para ulama telah membincangkan secara khusus tentang kedudukan bayi yang masih berada dalam kandungan.

Menurut penjelasan, zakat fitrah tidak wajib ke atas bayi dalam kandungan, dan tidak wajib juga bagi bapa untuk membayarkannya bagi pihak bayi tersebut.

Imam Al-Nawawi menjelaskan bahawa tiada kewajipan zakat fitrah ke atas janin, dan pandangan ini turut disokong oleh majoriti ulama bermazhab Syafi’i. Hal ini kerana bayi dalam kandungan belum dikategorikan sebagai “kanak-kanak” seperti yang disebut dalam hadis.

Ibnu Hajar Al-Asqalani turut menjelaskan bahawa janin belum pasti keadaannya sama ada hidup atau sebaliknya, maka ia tidak termasuk dalam golongan yang diwajibkan.

Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman Masuk Dewan Bedah, Rupanya Ada ‘Tudung OT’ Untuk Jaga Aurat Pesakit!

Kesimpulannya, memahami hukum seperti ini membantu kita menjalani ibadah Ramadan dengan lebih yakin dan tenang. Dalam setiap amalan, ilmu menjadi panduan agar setiap yang dilakukan tidak tersasar daripada apa yang telah ditetapkan.

Semoga Ramadan kali ini memberi peluang untuk kita terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Sumber: Portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×