Apabila memasuki bulan Ramadan, umat Islam bukan sahaja diwajibkan berpuasa tetapi juga wajib bayar zakat fitrah sebagai pelengkap ibadah.
Zakat fitrah bukan sekadar kewajipan tetapi satu bentuk penyucian diri dan harta serta tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Baca juga: Setiap Kali Solat Jemaah Saf Wanita Mesti Terputus, Bila Ditegur Kena Jeling Pula!
BAYAR ZAKAT FITRAH TAK SAMA DENGAN BERAS YANG DIMAKAN

Seperti mana kita tau, zakat fitrah setiap negeri mempunyai nilai yang berbeza-beza. Namun mengikut penjelasan Ustaz Azhar Idrus, anda perlu bayar zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan.
Jika seseorang individu itu memakan beras mahal tetapi bayar zakat fitrah berdasarkan beras biasa, maka tindakan itu adalah tidak betul dan tidak sah.
“Dia kata dia makan beras mahal tapi negeri dia kata zakat fitrahnya RM7 tapi harga itu bukan untuk beras mahal tapi beras kebiasaan.
“Jadi kalau awak makan beras mahal, awak kena bayar zakat fitrah ikut harga beras yang dimakan. Jangan tengok kadar bayaran zakat mengikut negeri.
“Kalau makan beras RM10, maka kita kena bayar zakat fitrah RM10. Kalau kadang-kadang makan beras mahal dan murah, kena bayar ikut beras yang selalu dimakan dalam setahun. Contohnya dalam setahun lebih banyak makan yang RM7, maka zakat anda adalah RM7,” ujarnya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak berkira untuk bayar zakat fitrah kerana kadarnya adalah rendah dan ia adalah setahun sekali.
“Jika kita bayar zakat RM7, bagilah RM10 yang lebih itu kira sedekah kerana Allah simpan di sisiNYA sedekah itu jadi sebesar Gunung Uhud,” katanya.
Baca juga: Hidup Lebih Bermakna Bila Tahu ‘Rahsia’ Di Sebalik Satu Jam Selepas Subuh, Jom Amalkan!
Sumber: TikTok
