Baru-baru ini, tindik hidung menjadi topik perbincangan hangat di media sosial selepas perkongsian pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya mengenai tindakannya menindik hidung mendapat teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed.
Baca juga: Nak Buang Kucing? Fahami Dulu Hukumnya, Jangan Sampai Berdosa Besar!
HUKUM TINDIK HIDUNG

PU Syed di dalam hantaran video Instagram ketika mengulas hukum tindik hidung.
Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah dilarang dalam Islam kerana menyerupai amalan agama lain, satu bentuk larangan yang dikenali sebagai tasyabuh.
PU Syed turut menyatakan bahawa hukum ini jelas dan boleh dirujuk melalui fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti.
“Hukum ini kita boleh buat carian dalam Google kalau kita tak tahu, bukanlah sekadar suami atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya,” kata PU Syed.
Tambah beliau lagi, walaupun mendapat restu daripada ahli keluarga seperti suami atau ibu bapa, larangan agama perlu diberi keutamaan dalam apa jua keputusan berkaitan penampilan dan gaya hidup.
“Perbuatan menindik hidung adalah haram sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain,” jelasnya.
Baca juga: Badal Haji Bukan ‘Bedal Haji’, Jangan Buat Main Dengan Amanah Orang Mati, Awas Penipuan Ini!
Beliau turut menyarankan agar umat Islam tidak melampaui batas dalam berhias, cukup sekadar dengan tindik telinga yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam.
“Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula tindik kening atau lidah.
“Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tetapi pandangan Islam sendiri haram, maka jangan buat walaupun suami dan mak ayah kita reda.
“Maka kita letakkan larangan Islam sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan,” katanya.
Baca juga: Jangan Keliru, Balu & Janda Tak Sama! Ini 3 Perbezaan Dari Segi Idah, Nafkah & Hak Pusaka

Sharifah Aleya ketika diwawancara wartawan Mingguan Wanita di YouTube.
Terdahulu, dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini, Sharifah Aleya berkongsi mengenai minatnya dalam penggayaan subang hidung dan berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan.
Dia turut mendedahkan keinginannya untuk menindik kening dan bibir, namun memilih untuk tidak meneruskannya kerana menyedari kesan serta pandangan masyarakat terhadap perkara itu.
Baca juga: Ditindih Masa Tidur Sebenarnya Gangguan Mistik Atau Mainan Otak? Buat Ramai Keliru!
Sumber: Instagram PU Syed
FT Image: Google
